Loading...

Berita Mengejutkan Seluruh Alam Buana Ini

Loading...
Berita Mengejutkan Seluruh Alam Buana Ini. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menjelaskan alasan Jabatan Imigresen di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menghalang kemasukan kunjungan diplomat Israel ke Malaysia.

Menurut Fahmi, walaupun jemputan dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Jabatan Imigresen di bawah KDN yang bertanggungjawab dalam hal keluar masuk negara.

Berita Mengejutkan Seluruh Alam Buana Ini.  Justeru, kata Fahmi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen mempunyai peruntukan kuasa menghalang individu tertentu memasuki Malaysia, termasuk yang disifatkan oleh menteri sebagai 'imigran yang tidak diingini'.

"Bukankah delegasi diplomat Israel ini boleh ditakrif Menteri Dalam Negeri sebagai “imigran yang tidak diingini” mengikut Seksyen 8(k) Akta Imigresen 1959/1963?" katanya.

Memberi contoh, Fahmi mengingatkan pengusiran duta Korea Utara tahun lalu meski diplomat itu menggunakan pasport diplomatik.

Berita Mengejutkan Seluruh Alam Buana Ini


"Jika ada pihak memberi alasan delegasi tersebut menggunakan pasport diplomatik, bukankah Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai kuasa secukupnya untuk mengusir diplomat, sepertimana kita mengusir diplomat Korea Utara tahun lalu?

"Oleh itu, saya gesa Zahid untuk tidak lagi berdiam diri dan segera memberikan penjelasan, memandangkan insiden kemasukan diplomat Israel ke Malaysia telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara kita," kata Fahmi.

Kerajaan Malaysia mengusir duta Korea Utara Kang Chol yang diisytiharkan sebagai 'persona non grata' (individu yang tidak diingini) awal tahun lalu susulan keengganan Korea Utara memohon maaf atas dakwaan yang dilemparkan duta negara itu berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Berita Mengejutkan Seluruh Alam Buana Ini


Sebelum ini, Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan penyertaan delegasi Israel adalah berdasarkan jemputan dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui agensinya iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) yang merupakan penganjur forum berkenaan.

Anifah menegaskan, surat jemputan untuk delegasi Israel itu tidak ditandatangani mana-mana pegawai Malaysia, sebaliknya oleh pengarah eksekutif UN-Habitat. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Berita Mengejutkan Seluruh Alam Buana Ini"

Posting Komentar