Loading...
1. Betulkah pemikiran dan amalan takfir masih mengakar dalam Pas? Saya kata, ya, bahkan pemikiran dan amalan itu dibiarkan menyubur dalam Pas tanpa usaha membendung apatah lagi mencantasnya.
2. Bukankah sebahagian besar orang yg berpemikiran takfir sudah menyertai Umno? Saya kata, ya, tetapi tempat mereka kini sudah diambil alih oleh golongan muda yg begitu taksubkan Abdul Hadi. Sementara golongan tua pula terus mengapi-apikan golongan muda dalam isu ini.
3. Macam mana mereka dikata berpemikiran takfir? Ya, mereka berfikir keluar Pas - keluar Islam, lawan Pas - lawan al-Quran, tentang ulama Pas - tentang agama, tolak RUU 355 - tolak hukum Allah, bekerjasama politik dgn DAP - lawan Allah, berbincang tentang hudud dlm konteks perlembagaan - tolak hudud dan banyak lagi.
4. Betulkah wujud dlm Pas golongan muda sebegitu? Saya kata, ya. Sila baca komen-komen mereka dlm FB tentang isu RUU, tahaluf siyasi dgn DAP dan banyak lagi. Semua komen mereka menjurus ke arah mempertikan keislaman orang yg tidak bersama Pas atau melawan Pas.
5. Mungkin akaun FB itu palsu? Saya kata, tidak, sebab orang yg komen sebegitu adalah orang yg saya kenal rapat, pernah bergaul, makan sehidang bahkan ada yg dulunya konsisten dgn kuliah saya.
6. Ah... mereka ahli biasa Pas saja bukan pimpinan...! Saya kata, tidak, mereka pengikut setia dan pentaksub Pas, bahkan sebahagiannya pemimpin pemuda dan veteran Pas peringkat negeri dan kawasan, bahkan peringkat nasional.
7. Mereka jahil dan tak ikut tarbiah Pas barangkali? Saya kata, tidak. Ada yg lepasan al-Azhar, lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi Pas bahkan semenjak dulu begitu konsisten dgn aktiviti usrah dan apa jua program tarbiah Pas.
8. Macam mana saya tahu mereka berpemikiran takfiri? Saya kata, cuba berbual dgn mereka, dengar ucapan mereka, baca komen mereka dlm FB, duduk dlm grup WhatsApp mereka, dengar kuliah ustaz mereka, semuanya mempertikai keislaman orang yg tidak bersama Pas.
9. Macam mana mereka pertikai keislaman orang lain? Ya, dengan selamba saja mereka label orang lain liberalis, muktazilah, sokong LGBT, pembela golongan kafir, laknat dan jiratkan, memusuhislamkan, menganti ulamakan.... dan banyak lagi.
10. Kalau tak buat kenapa terasa pula? Eh... takkan tak terasa pula apabila ucapan, komen, kuliah, tulisan ditujukan secara langsung kpd orang yg keluar Pas, bahkan disebut nama, bahkan diletak gambar, bahkan disebut nama keluarga dan anak-anak.
11. Ada bukti? Ada yg saya screenshot, tapi saya tak mahu dedah dan sebut nama mereka di sini. Cukuplah saya sebut secara umum, sebab bagi saya, golongan sebegitu semakin diberi perhatian secara khusus, semakin menjadi-jadi perangai mereka.
12. Eleh... kamu tanya, kamu yang jawab...! Memanglah pentaksub Pas tak akan mengaku keterlanjuran mereka. Perkara yg dikata waktu pagi boleh dinafi waktu tengahari, takkanlah mereka nak mengaku silap mereka sendiri. ~ sumber
Loading...
0 Response to "BETULKAH ORANG PAS KAFIRKAN ORANG YG TAK BERSAMA PAS?"
Posting Komentar