Loading...

Cybertropper Macai Orang Politik?

Loading...
Cybertropper Macai Orang Politik? Cybertropper, keyboard warrior, troll, berita palsu, siapakah di sebalik mereka ini? Atau adakah mereka ini layak digelar macai orang politik?

Persoalannya, siapa bayar mereka? Apatah lagi menjelangnya PRU14, makin kencanglah aktiviti puak-puak ini.

Sepanjang pemerhatian Sinar Siasat, geng-geng ini tak pernah rasa bosan atau berdosa menyebarkan berita palsu termasuk memburukkan pemimpin asalkan ‘masyuk’.

Cybertropper Macai Orang Politik? Nampaknya, tujuan asal kerajaan melahirkan cybertrooper untuk memulihkan imej bertukar jadi hampeh! Apabila upah diberi tak lumayan atau ada yang mula berpaling tadah. Betul ke?

Mungkin pergerakan mereka ini nampak mudah tapi percayalah apa yang mereka buat ini boleh meruntuhkan institusi kerajaan, jatuhkan maruah, dan mencalarkan nama negara. Mereka ini ibarat virus yang sukar dibunuh!

Kewujudan cybertrooper ini mempunyai dua tujuan iaitu memulihkan imej seseorang pemimpin atau parti dan keduanya, menghentam musuh politik.


Cybertropper Macai Orang Politik? 


Apa itu tentera siber?

Istilah cybertrooper atau tentera siber hanya terkenal di Malaysia. Geng cybertrooper ini nakalnya semacam. Sepanjang siasatan kami, mereka ini ada orang tertentu yang ‘payung’. Mereka dibayar, diberi data internet, telefon pintar - maka kerja pun jalan. Ada yang buat kerana cintakan parti tapi tak ramai.

Sebenarnya cybertrooper ini hanyalah individu yang ambil upah untuk buat kerja, macam syarikat PR atau pengiklanan. Tujuannya untuk berperang di media sosial, menyebarkan berita palsu yakni tukang tular atau membetulkan keadaan, tak kurang juga yang mengampu si pembayar mereka.

Lepas tu mulalah keluar macam-macam hashtag (#). #RespectMyPM, #undirosak, #makauijau #inikalilah yang jadi trending dan tular.


Cybertropper Macai Orang Politik? 


Tapi ada juga yang ‘halal’ iaitu jenis yang membetulkan keadaan. Cuma yang tak syoknya bila mereka guna profil orang lain termasuk yang dah arwah. - sinar harian






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cybertropper Macai Orang Politik?"

Posting Komentar