Loading...
Lebai Rusila ni cakap melalut lagi bahawa kononnya Pas ada cara untuk menyelesaikan masalah tiada peluang pekerjaan, pengangguran dan sara hidup yang menghimpit.
Kenapalah Lebai ni asyik-asyik ponteng dan tidak kemukakan cadangannya itu di Dewan Parlimen?
Kah! Kah! Kah! Nak bawa RUU 355 pun gagal.. lagi mahu cakap banyak!
Lebai patut buktikan kemampuannya menyelesaikan masalah dalam partinya sendiri mengenai masalah tiada peluang pekerjaan dan pengangguran.
Lebai ni hanya pandai cakap sahaja sedangkan Harakah, akhbar resmi Pas itu menanggung hutang RM2.2 juta dengan syarikat pencetaknya dan sedang dalam proses rundingan untuk melunaskan hutang tersebut.
Ekoran krisis kewangan tersebut, Harakah kini berdepan tekanan pasaran sehingga terpaksa memberhentikan semua kakitangannya berkuat kuasa 31 Disember yang lalu, kata sumber.
Menurut sumber, semua 20 kakitangan itu kemudian ditawarkan perkhidmatan secara kontrak selama enam bulan dengan tawaran gaji satu pertiga daripada gaji asal atau minimum RM1,000. ~ Rujuk di sini
Pas tidak berbuat apa-pun bila pengurusan akhbar rasmi organisasi parti itu berlaku zalim keatas para pekerjanya kerana pendapatan mereka dipotong.
Selain itu, komuniti Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata kerana mereka cuba mempertahankan hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan kehidupan.
Tidakkah tindakan Pas ini telah turut menyumbang nilai tambah jumlah pengangguran dan menyebabkan sara hidup yang semakin menghimpit? Mana penyelesaian enta wahai Lebai??
Pas Gagal Uruskelola Kohilal
Pas juga gagal menguruskan pelaburan Koperasi Al-Hilal Bhd (Kohilal) hingga gulung tikar akibat menanggung kerugian hampir RM45 juta?
Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta. Hanya orang dungu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta.
Inilah dungunya pihak pengurusan koperasi kepunyaan Pas dalam membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut.
Perbelanjaan tanpa kawalan menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. (contohnya : duit Kohilal digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara)
KOHILAL mengalami kerugiaan yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dungu yang dahagakan pahala dan syurga.
Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dungunya Pas walau pun hanya mengurus satu saja koperasi. ( Rujuk di sini )
Kalau setakat menguruskan Kohilal dan Harakah pun Pas gagal, macam mana Pas mahu menguruskan sebuah negara?
Tiada Penyelesaian Kemelut Di Kelantan
Pas perintah Kelantan pun kelam kabut dengan pelbagai masalah sebab pemimpin Pas Kelantan dungu-dungu belaka!
Perkhidmatan pelupusan sampah yang teruk, masalah perparitan tersumbat dan masalah bekalan air adalah rungutan yang paling kerap diluahkan penduduk Kelantan.
Pas gagal menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyatnya hingga memaksa mereka merantau keluar mencari rezeki di negeri lain, seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. serta perkhidmatan dan kemudahan prasarana lebih baik.
Nak bayar gaji kakitangan awam pun tak cukup duit.... alahai!
Syam Ghaz ada menyenaraikan beberapa projek yang diluluskan dengan mudah tanpa usul periksa dan secara dungu oleh pemimpin Pas Kelantan.
Lebai Rusila sebagai Presiden Pas perlu bertanggung jawap mencari jalan penyelesaiannya. Terbukti tidak ada sebarang cadangan dari Lebai….
Lebai ni sendiri juga dungu... Sewaktu jadi MB Trengganu sepenggal, Lebai telah menyebabkan kerajaan negeri kena saman oleh syarikat konsesi balak iaitu Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) sejumlah RM1 bilion.Nak bayar gaji kakitangan awam pun tak cukup duit.... alahai!
Syam Ghaz ada menyenaraikan beberapa projek yang diluluskan dengan mudah tanpa usul periksa dan secara dungu oleh pemimpin Pas Kelantan.
Lebai Rusila sebagai Presiden Pas perlu bertanggung jawap mencari jalan penyelesaiannya. Terbukti tidak ada sebarang cadangan dari Lebai….
Macam ini pun Lebai mahu lagi cakap kelentong kononnya Pas ada cadangan untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup yang menghimpit dan pengangguran?
Kah! Kah! Kah! Lebai masih berangan hendak mentadbir Negara dengan cakap-cakap kosongnya sahaja! Gebong jer Lebai marang nih!
Rakyat tidak akan mudah percaya dengan kelentong Lebai Rusila sebab sudah banyak kali kena kelentong. Hanya walaun juga yang tolol merelakan diri mereka kena kencing Lebai... Kah! Kah! Kah!
Loading...
0 Response to "Gebong Lebai Rusila"
Posting Komentar