Loading...
Muhyiddin Cabar Najib. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Perdana Menteri Najib Razak supaya menjemput pemerhati antarabangsa untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), itu pun jika Presiden Umno itu yakin yang PRU14 akan berjalan dengan bersih dan adil.
“Najib tidak perlu membohongi rakyat dengan mengatakan BN (Barisan Nasional) tidak akan menipu dalam PRU14. Hakikatnya, penipuan telah dan sedang dilakukan oleh BN kerana mereka semakin hari semakin takut akan kalah dalam pilihan raya,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin Cabar Najib. Katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat untuk memberi kelebihan untuk BN, dengan menambah majoriti BN di kawasan yang dimenangi tipis pada PRU13.
“Pakatan Harapan mempunyai kebimbangan yang berasas bahawa PRU14 akan menjadi pilihan raya yang terkotor dalam sejarah Malaysia,” kata Muhyiddin.
Pada Selasa Najib mendakwa penipuan dalam PRU14 tidak akan berlaku memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan ketelusan yang tinggi dan diperkukuh dengan penggunaan dakwat kekal berbanding era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin Cabar Najib
Katanya, sebarang tuduhan seperti itu hanyalah percubaan pembangkang untuk meragukan pengundi. – the malaysian insight
Iklan
Loading...
0 Response to "Muhyiddin Cabar Najib"
Posting Komentar