Loading...
![]() |
Gambar hiasan |
Dalam kejadian 10.25 pagi kelmarin itu, murid berusia 10 tahun terbabit mendakwa ia berlaku ketika dia menghantar kertas jawapan ke meja guru lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam daripada ibu bapa mangsa.
"Kesan lebam terbabit disedari ketika pengadu bersama keluarga makan di sebuah restoran, di sini, dan anak lelakinya mengadu sakit di bahagian tangan kanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Haris berkata, selepas diperiksa oleh pengadu, dia mendapati kesan lebam dan anaknya memaklumkan ia akibat gigitan.
"Menurut mangsa, guru itu menggigit tangan kanannya ketika dia menghantar kertas jawapan di meja guru yang mengajar salah satu mata pelajaran di kelasnya pada Jumaat lalu," katanya.
Justeru, katanya, pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sumber: Harian Metro
loading...
Loading...
0 Response to "Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam"
Posting Komentar