Loading...

Najib Tabur Janji Lagi?

Loading...
Najib Tabur Janji Lagi? Agenda penting kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan taraf hidup dan memajukan masyarakat India di negara ini adalah satu usaha berterusan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, perkara itu tidak boleh dicapai dalam tempoh sehari dua kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan fizikal, malah perubahan struktur kehidupan kaum berkenaan.

Najib Tabur Janji Lagi?  “Mengubah sikap dan nilai serta mengukuhkan asas masyarakat India adalah satu usaha berterusan. Saya bersetuju dengan ucapan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, masyarakat India akan lebih maju ke depan sekiranya mereka mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

“Ini cabaran yang kita hadapi, tetapi saya yakinkan anda dengan kerajaan BN, ada harapan untuk kita. Apa yang kita perlukan adalah sokongan dan kepercayaan anda untuk membolehkan kerajaan BN memberi yang terbaik.

“Kita bukan omong-omong kosong atau dalam Bahasa Tamil ‘vetti pecchu’, sebaliknya ia adalah kenyataan atau ‘nijjam’. Kami, kerajaan BN akan menunaikan apa sahaja yang kami janjikan kepada semua rakyat Malaysia…ini jaminan kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy hari ini.

Selain Dr Subramaniam, turut hadir ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Najib Tabur Janji Lagi? 


Najib berkata, agenda kerajaan BN dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India diterjemahkan menerusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan April tahun lepas.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang dikendalikan Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic), peruntukan RM50 juta untuk pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan peruntukan RM50 juta untuk kerja penyelenggaraan serta baik pulih sekolah Tamil.

Selain itu, katanya, kerajaan turut mengumumkan inisiatif baharu dengan Permodalan Nasional Berhad akan membuat pengagihan khas RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.

“Pada Februari pula, saya akan lancarkan skim pelaburan khas untuk golongan isi rumah B40 yang akan menambah simpanan 100,000 isi rumah B40 kaum India, khususnya yang berada di bawah garis kemiskinan.”

Najib seterusnya berkata, beliau faham masyarakat India mahukan pendidikan berkualiti buat anak dan peluang ekonomi, selain penyelesaian dalam soal kerakyatan dan sebagainya.

“Sebab itu saya jamin hak kebebasan beragama dan rasa hormat-menghormati kepada mereka yang beragama lain, khususnya kaum India akan tetap dijaga kerajaan BN,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 orang yang menghadiri majlis itu.

Najib Tabur Janji Lagi? 


Najib turut mengulas kehadirannya di Kuil Sri Subramaniar Swamy Kuala Selangor untuk sambutan Thaipusam.

“Saya ingin ambil kesempatan bertemu anda yang merupakan masyarakat tempatan di Kuala Selangor. Saya juga ingin lihat kemajuan di persekitaran kawasan ini sebab sebagai kerajaan BN, saya selalu tekankan pembangunan kita mestilah adil, saksama dan inklusif,” jelas beliau.

Beliau dalam pada itu memberi jaminan kerajaan akan memberi peruntukan tambahan untuk pembangunan kuil berkenaan sekiranya ahli jawatankuasa kuil berjaya mengumpul sejumlah dana.

Najib Tabur Janji Lagi?  “Pengerusi kuil ini, T Morgana Sundram maklumkan mereka perlukan kos RM3 juta untuk pembangunan kuil dan beliau kata boleh dapatkan dana RM1.5 juta. Saya cabar beliau jika berjaya dapatkan dana RM1.5 juta itu, kerajaan akan tambah RM1.5 juta lagi.” - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Tabur Janji Lagi?"

Posting Komentar