Loading...
unifi, sebuah jenama perkhidmatan komunikasi internet yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Sempena tahun baru 2018, mereka telah menawarkan sesuatu yang baru kepada semua pelanggan-peanggannya.
1.0 PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI
1.0 PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI
Saya sendiri telah memenuhi jemputan ke majlis Pelancaran Penjenamaan Baharu Unifi yang telah dilangsungkan pada 24 Januari 2018 lepas di TM Convention Centre, Bangsar.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazali Ramli, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, bersama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Unifi TV, Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Unifi Mobile serta barisan pengurusan kanan TM.
Tahun 2018 ini menyaksikan penawaran terbaru kemudahan Unifi yang merangkumi keperluan kediaman, mudah alih, TV dan Wifi, seterusnya menjadikan Unifi satu-satunya jenama dalam industri telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan sambungan internet menyeluruh sebenar dengan pelbagai kandungan bertaraf dunia dibawah satu bumbung.
Inisiatif baharu yang ditawarkan adalah Unifi Home - ‘Perfect Squad’, pembebasan perkhidmatan mudah alih pertama Unifi Mobile - #BEBAS dan program gameshow interaktif secara langsung ‘Teka Tekan’ yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM20,000 kepada para penonton. Selain itu, pelbagai lagi inisiatif telah dirancang bagi memenuhi keperluan pelanggan sepanjang tahun 2018.
2.0 PENJENAMAAN BAHARU unifi 2018
Sempena pelancaran baru-baru ini, unifi telah memperkenalkan penawaran perkhidmatan konvergens yang mampan. Ia selaras visi TM iaitu - ‘Menjadikan Hidup Lebih Mudah’, dan berperanan sebagai satu-satunya platform komunikasi gaya hidup digital yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia.
2.1 unifi Home
unifi memperkenalkan ‘The unifi Perfect Squad’ - #pasangsekarang (#installnow), merupakan lanjutan kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan ke kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi sedia ada seluruh negara. Turut menawarkan pakej istimewa seperti Unifi Advance dari hanya RM139 sebulan.
The unifi Perfect Squad juga akan datang ke kawasan kediaman berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan melengkapkan proses pengaktifan. Pakej turut hadir dengan beberapa pilihan pek Unifi TV, peranti dan pelan panggilan.
2.2 unifi Mobile
unifi Mobile (dahulu webe) mencipta satu lagi catatan industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi Mobile - #BEBAS. Produk pertama yang memberi kebebasan memilih kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan produk mudah alih tanpa sebarang kontrak dan komitmen. Unifi Mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; mobile@unifi memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital.
Bersempena pelancaran, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Korang hanya perlu memuat turun aplikasi mobile@unifi di AppStore atau PlayStore dan membuat daftar. Pelanggan boleh mendapatkan SIM di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara atau dihantar ke rumah dengan bayaran RM10.60 *termasuk GST.
2.3 unifi TV / PlayTV unifi
unifiTV (dahulu HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara langsung pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan. Ia membolehkan penonton beraksi secara interaktif di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.
Bersempena siaran program Teka Tekan, HyppSensasi HD turut menawarkan tontonan secara percuma bagi membolehkan para penonton mengambil bahagian dalam program ini, dan berpeluang menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.
Selain penjenamaan semula unifiTV, HyppTV Everywhere juga dikenali sebagai Unifi PlayTV untuk hiburan bertaraf antarabangsa dengan pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD samaada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran interaktif sambil menikmati perkhidmatan tanpa gangguan cuaca.
Sejajar dengan penampilan wajah baru unifi untuk tahun 2018 ini, TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya mengenai penawaran Konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar. Jadi, hopefully lepas ni tiada lagi sebarang sekatan terhadap keperluan internet dan menjadikan Hidup Lebih Mudah.
Info lanjut mengenai Unifi, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.unify.com.my.
Loading...
0 Response to "PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI"
Posting Komentar