Loading...

Radzi Zainon, Adun Sg Rapat Percayakan Mimpi Bomoh...

Loading...

 Pas Gopeng telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 pada 25 Februari 2018 (Ahad) lalu di Wisma Purnama, Station 18.

 Berikut adalah antara ucapan Adun Sungai Rapat, YB Radzi Zainon yang dimuat naik oleh admin fesbuk Dewan Pemuda Pas Gopeng.

"Seorang alim yang soleh dalam kalangan ulama' telah bermimpi PAS menang dalam pilihanraya akan datang ini. Macamana bentuk kemenangan... menang berapa kerusi... Menang di dun atau parlimen mana... itu bukan persoalan..itu kita serah kepada Allah dengan syarat kita berusaha ke arah kemenangan" - YB Radzi Zainun. 
 Kata-kata semangat dan taujihat pimpinan semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 PAS Kawasan Gopeng
 Jika benarlah apa yang nyatakan oleh admin fesbuk Pemuda Pas Gopeng itu, maka jelas bahawa  YB Radzi Zainon telah terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenarnya kerana mempercayai ramalan yang dibuat kononnya oleh seorang alim yang soleh dalam kalangan ulama.

  Siapa dia 'Orang alim yang soleh dalam kalangan ulama' itu tidak pula dia mahu jelaskan kepada kita semua.

 Tapi saya sendiri pernah dimaklumkan oleh beberapa sahabat, bahawa Radzi ini sering berkunjung ke Kampung Kuak, Lenggong untuk bertemu dengan seorang yang bernama Abdul Mutalib (Pak Talib).

 Menurut mereka, Pak Talib ni lebih merupakan seorang bomoh, main hembus-hembus dan tiup-tiup sahaja. Dia tidak ada mengajar ugama sama ada di masjid-masjid atau surau di kampung halamannya.

  Macam mana Radzi boleh menganggapnya sebagi 'Orang alim yang soleh dalam kalangan ulama' ?

 Dan Radzi memang menaruh penuh kepercayaan terhada apa sahaja cakap-cakap atau ramalan Pak Talib ini.

  Rasulullah s.a.w. bersabda :

 مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

 Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

  Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

(مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )

  Kita sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang.

  Malah mereka mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah pernah didatang oleh mereka yang menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

“Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka.”

Jika Rasulullah sendiri mengaku beliau tidak tahu perkara yang akan berlaku di masa depan, apakah orang yang bernama Pak Talib itu lebih berkemampuan daripada baginda Rasulullah?

  Semoga Radzi Zainon segera bertaubat dan kembali semula ke jalan yang benar. 

Dan saya berharap kepada sahabat-sahabat lama saya supaya tidak menganggap kata-kata Radzi itu sebagai kata-kata semangat dan taujihat pimpinan semasa sebab Rasulullah telah memberi ingatan kepada kita semua bahawa :

 "....sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Radzi Zainon, Adun Sg Rapat Percayakan Mimpi Bomoh..."

Posting Komentar