Loading...
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dia belum tahu apa isu sebenarnya yang menyebabkan masyarakat Orang Asli di beberapa lokasi pembalakan di Gua Musang membuat bantahan terbaru.
Mustahil Mohd Amar tidak tahu... Isu sekatan Orang Asli ini bukan cerita baru; sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu dan kemuncaknya pada tahun 2016 apabila enam sekatan dibina di Hutan Simpan Balah di Gua Musang.
Macam mana Mohd Amar boleh cakap dia tidak tahu? Apa yang dia tahu selain mengumpulkan harta dan kereta mewah?
Jika Mohd Amar benar-benar perihatan dan mahu membela nasib malang Orang Asli, sepatutnya kenalah pergi sendiri jengok mereka dan dapatkan cerita sebenar dari mereka.
Janganlah hanya main duduk dalam pejabat menunggu laporan dari JPNK sahaja. Pergilah ke lapangan dan berunding dengan mereka. Dapatkan pandangan dari kedua belah pihak barulah ada akai namanya.
Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan tiga sekatan baru dibina oleh masyarakat Orang Asli di kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Selatan sejak Khamis lalu.
Langkah itu dibuat sebagai bantan terhadap penerokaan hutan serta tanah adat bagi tujuan pembalakan dan projek perladangan durian Musang King.
Sekatan oleh aktivis Orang Asli tempatan itu dibina di Chawas, Gua Cha dan Pos Gob di kawasan hutan simpan tersebut.
Kerajaan Kelantan sehingga kini masih gagal untuk menangani isu tersebut malah terus membenarkan aktiviti pembalakan yang tak terkawal hingga menceroboh tanah adat nenek moyang Orang Asli secara berskala besar.
Akibatnya kemusnahan hutan yang berleluasa menyebabkan kepupusan hasil herba atau sumber untuk kegunaan tradisi mereka semakin kritikal serta kemusnahan sungai sumber air kegunaan mereka tercemar.
Kalau isu pencerobohan tanah adat Orang Asli pun gagal ditangani dan terus berlanjutan, layakkah Pas untuk terus mentadbir Kelantan?
Nak perintah Malaysia dengan cara Islam? Jangan mimpilah wahai lebai... sedangkan Kelantan pun Pas tidak boleh memerintah cara Islam yang memberi rahmat kepada semua...
Loading...
0 Response to "SEKATAN ORANG ASLI : Mohd Amar cakap dia tidak tahu?"
Posting Komentar