Loading...

Tok Ketua Orang Asli pun dah pandai makan dedak?

Loading...

GUA MUSANG: Segelintir penduduk masyarakat Orang Asli Gua Musang telah membina sekatan di laluan ke kawasan pembalakan di Pos Simpor bagi menghalang laluan keluar lori mengangkut hasil pembalakan didakwa memusnahkan hutan dan pencemaran sungai. 

Tetapi ada pula dari kalangan mereka yang mengkhianati perjuangan mereka dengan membantah tindakan tersebut dan membuat laporan polis.

Kalangan yang membantah ini mahu pihak berkuasa merobohkan sekatan terbabit. 

Mereka menuduh tindakan membina sekatan tersebut atas hasutan dari pihak luar.

Lihatlah betapa dangkal dan biulnya kenyataan mereka yang membantah, seolah-olah telah disediakan skrip untuk dibaca...

   Jamly Ahan, Pos Tuel :  
Tindakan mendirikan halangan tersebut memalukan kaumnya sendiri. 
 “Bukan dengan cara itu menyelesaikan masalah dihadapi sama ada kemusnahan hutan simpan kekal atau pencemaran sungai kesan aktiviti pembalakan kerana ia perlu dilihat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya kepada pemberita hari ini.  
  “Kita kecewa mereka datang dari luar menghasut beberapa penduduk Orang Asli memasang sekatan itu hingga menyusahkan semua pihak dan ada pula penduduk berkumpul di lokasi sekatan untuk memeriksa semua kenderaan melalui laluan berkenaan, sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian,” kata Jamly. 
 Ibrahim Marijan, Kuala Betis :
Sekatan itu perlu dihentikan kerana aktiviti pembalakan bukan dilakukan secara haram sebaliknya diluluskan kerajaan negeri menerusi Jabatan Perhutanan Kelantan.

“Jika menjejaskan kawasan petempatan mereka sekalipun, datanglah berbincang dengan jabatan terbabit dan bukan mengambil tindakan di luar peraturan dan undang-undang,” katanya.~ Freemalaysiatoday 
 Jamly Ahan, Ibrahim Marijan adalah masing-masing merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli; kenapa mereka sendiri tidak mengambil tindakan ke atas cadangan-cadangan yang mereka usulkan? Tidakkah itu tugas mereka sebagai ketua di kampong masing-masing?

Adakah Tok Ketua Orang Asli pun dah pandai makan dedak?

Tindakan Ketua-Ketua Kampaung Orang Asli yang membantah sekatan bagi menghalang laluan keluar lori mengangkut hasil pembalakan ini adalah sangat memalukan dan merupakan kerja khianat dan penghinaan kepada Orang Asli secara umum dan khususnya kepada mereka yang terkesan akibat kerakusan pembalakan.

Kehidupan Orang Aasli terjejas oleh aktiviti pembalakan yang diluluskan oleh pihak berkuasa. Mereka hidup hari demi hari dengan semua pembalakan dan perladangan di sekeliling mereka. Mereka menangis apabila kubur nenek moyang dan saudara mara mereka diceroboh. 

Pembalak membongkar kubur mereka tanpa ada rasa hormat. Mereka menderita akibat air kotor kerana sumber air mereka dicemari oleh pembalakan yang berleluasa dan rakus. Hati dan jiwa mereka menderita apabila pokok-pokok di sekeliling mereka hilang. Anda fikir orang-orang ini bodoh?

Tetapi sayangnya, Ketua-Ketua  Kampung mereka buta mata, buta perut, tidak mahu bersama dengan perjuangan anak buah sendiri demi untuk mendapatkan hak yang sewajarnya bagi kaum mereka.

  

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tok Ketua Orang Asli pun dah pandai makan dedak?"

Posting Komentar