Loading...
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Enggan terus terheret dalam kontroversi, Neelofa, 29 mengambil keputusan membatalkan kehadirannya dalam program TN50 yang dijadual berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition (MITEC), Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam ini.
Menurut Neelofa, dia membuat keputusan itu sebagai menghormati acara berkenaan agar ia tidak terkait dengan kontroversi baharu membabitkan dirinya ketika ini.
Keputusan ini dibuat atas rasa penuh tanggungjawab dengan situasi semasa ini dan untuk memastikan Majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 pada malam ini berlangsung dengan penuh jayanya, “ kata Neelofa kepada Utusan Online.
Keputusan tidak hadir juga dibuat selepas berbincang bersama melibatkan kedua-dua belah pihak, penganjur TN50 dan juga pihak pengurusannya selain Naelofar Hijab.
“Diharapkan dengan keputusan ini, ia dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara, yang bakal diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini.
“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” katanya.
Neelofa dikritik hebat ketika ini gara-gara syarikat NH melancarkan koleksi tudung terbaharunya #BeLofa di sebuah kelab malam terkemuka, Isnin lalu.
Ekoran kontroversi baharu itu, pelbagai pihak tampil mengkritik dan membuat teguran terhadap pengacara MeleTOP ini, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram
Sehari selepas kontroversi majlis hari lahir dan pelancaran produk di kelab malam, Neelofa kehilangan 100,000 pengikut di laman sosial Instagramnya.
Neelofa sebelum ini memiliki 5.5 juta pengikut menerima kecaman hebat daripada netizen yang mengkritik tindakannya mengadakan majlis tersebut di sebuah kelab malam popular di Jalan Tun Razak, di sini kelmarin.
Malah, sehingga hari ini Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor masih menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen sehingga ada yang mendakwa mahu memboikot artis itu.
Sehubungan itu, pengacara program MeleTop itu bertindak menutup ruangan komen di entri terkininya.
Dalam pada itu, biarpun dihimpit dengan kontroversi, koleksi baharunya, Be Lofa habis dijual hanya dalam tempoh 24 jam - UTUSAN ONLINE
Loading...
0 Response to "[TUDUNG DISCO] Neelofa batal ke acara TN50 bersama PM Najib malam ini, Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram"
Posting Komentar