Loading...

[Video Dunia dah kenal siapa najib] Pakatan HARAPAN: Switzerland tak akan curi duit kita.

Loading...
Rabu, 28 Februari 2018



HARAPAN: Switzerland tak akan curi duit kita

Pakatan Harapan percaya wang rampasan RM400 juta berkaitan 1MDB di Switzerland akan selamat walaupun dituntut republik persekutuan itu.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya wang itu tidak akan dicuri dan mereka akan menuntutnya jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

“Bila kita pimpin kerajaan, kita akan tuntut duit itu. Switzerland tidak akan curi duit itu. Kita ada hak untuk menuntutnya.

“Mereka tidak boleh belanjanya,” kata calon perdana menteri HARAPAN yang pernah memimpin negara selama 22 tahun itu.
Bercakap dalam sidang media di Pekan, beliau juga percaya ada sebabnya wang itu tidak dikembalikan kepada kerajaan sedia ada pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka tidak akan beri duit itu kepada kerajaan sekarang kerana mereka tahu kerajaan sekarang akan curi (duit itu). Ia (tindakan) tidak masuk akal,” kata Mahathir.
Akhbar tempatan Tages Anzeige semalam melaporkan Switzerland mahu menuntut CHF95 juta (RM400 juta) wang dana berkaitan 1MDB yang dirampas daripada beberapa bank

Menteri Kewangan, Ueli Maurer sebagai berkata, dana berkenaan telah disalurkan ke perbendaharaan persekutuan memandangkan tidak ada pihak yang menuntutnya.
Tuntutan kerajaan Switzerland itu dijangka dibahaskan dan diundi parlimen Swiss pada 15 Mac ini selepas terdapat usul memulangkannya kepada negara asal.
malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Dunia dah kenal siapa najib] Pakatan HARAPAN: Switzerland tak akan curi duit kita."

Posting Komentar