Loading...

[Video Haramkah Jatuhkan Kerajaan PAS Kelantan? Penjelasan Mantan Peguam PAS] Kit Siang seorang yang jujur tolak tol, yang lain hipokrit! KR1M dah GAGAL dan boleh jamin ke KR1M 2.0 tidak gagal?

Loading...
Isnin, 26 Februari 2018



Lim Kit Siang memang dikenali sebagai tokoh pembangkang veteran dan tegar dalam politiknya bersama DAP.  
Selepas puluhan tahun bergerak bersama parti itu, di mata seorang bekas pengarang, Lim adalah satu-satunya ahli politik yang benar-benar mahu menghapuskan tol di lebuh raya. 
Kata Mustapa Kamil Mohd Janor, selain Lim pemimpin lain dianggap sekadar bercakap mengenai tol untuk meneruskan kelangsungan politik masing-masing. 
"Satu-satunya orang yang saya akan percaya jika dia bercakap mahu menghapuskan semua tol ialah Lim Kit Siang. 
"Yang lain akan berkata begitu hanya untuk kelangsungan politik mereka," katanya. 

Tumpang sekole.
Foto Rafizi Ramli.
Setiap inisiatif sesebuah kerajaan haruslah dirancang secara menyeluruh untuk mengelakkan orang ramai daripada terkena impak negatif kegagalan sesuatu projek seperti KR1M yang telah gagal baru-baru ini.

Boleh jamin KR1M 2.0 tidak gagal? ― Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 baru-baru ini menimbulkan beberapa persoalan.
Ini kerana kegagalan KR1M telah memberi kesan yang mendalam kepada ribuan rakyat terutamanya pekerja KR1M.
Janji kerajaan bahawa KR1M akan menawarkan harga yang murah juga tidak benar pada masa itu kerana ada juga harga barangan yang lebih mahal berbanding di kedai lain.
Malah kerajaan langsung tidak bertanggungjawab atas kegagalan KR1M dan hanya menyalahkan pihak lain.
Jadi apakah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan bahawa KR1M 2.0 juga tidak akan gagal?
Model perniagaan KR1M 2.0 juga tidak jelas. Menurut apa yang dilaporkan media, model barunya berkonsepkan kepada tiga kategori model perniagaan iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar, operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaan bersama.
Menurut kenyataan Najib, kedai-kedai akan menyertai program itu kerana bakal memperoleh keuntungan akibat ramai orang yang akan membeli di kedai mereka.
Tetapi bagaimana barangan berjenama ini dapat dijual pada harga murah berbanding kedai lain? Adakah wujud subsidi kerajaan? Jika ya, kerajaan wajar berterus-terang kerana sebelum ini kerajaan menjalankan proses pemotongan subsidi dengan alasan golongan termiskin dibantu menerusi BR1M.
Atau mungkin sebagaimana pernah didakwa Datuk Ahmad Maslan suatu ketika dahulu, penurunan harga ini hasil cukai GST diperkenalkan?
Atau adakah kedai-kedai ini menjualnya dibawah kos? Bagaimana dengan kelestarian perniagaan mereka apabila model perniagaan ini diguna pakai?
Selagi Kerajaan tidak ambil tanggungjawab terhadap kegagalan yang lampau, menerangkan punca sebenar kegagalan itu, apa yang diumumkan hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
KR1M dilancarkan menjelang PRU13 dan gagal. Kini, dengan PRU14 bakal tiba tidak lama lagi, KR1M 2.0 pula dilancarkan. Jelasnya, ia hanya gimik pilihan raya.
* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah ketua Pemuda Pakatan Harapan.
** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.

.themalaymailonline.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Haramkah Jatuhkan Kerajaan PAS Kelantan? Penjelasan Mantan Peguam PAS] Kit Siang seorang yang jujur tolak tol, yang lain hipokrit! KR1M dah GAGAL dan boleh jamin ke KR1M 2.0 tidak gagal?"

Posting Komentar