Loading...
Kit Siang menunjukkan gambar asal (kiri) dan gambar yang telah disunting (kanan), semalam.
Gambar palsu jejas imej pemimpin Pakatan Harapan
GEORGETOWN – DAP mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengenai pemimpin Pakatan Harapan menjamu selera di meja yang dihidangkan daging khinzir.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, gambar yang tular di media sosial jelas menunjukkan bahawa ia adalah gambar palsu yang telah disunting untuk memburukkan pemimpin Pakatan Harapan.
“Gambar itu menunjukkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sedang makan di meja yang dihidangkan daging khinzir dalam satu majlis.
“Lebih mengecewakan apabila pengguna laman sosial Facebook turut menyiarkan gambar tersebut pada Selasa lalu dengan perkataan yang kurang menyenangkan,” katanya kepada media di Wisma DAP Pulau Pinang, di sini, semalam.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa penyebaran berita palsu itu adalah dilancarkan oleh Umno dan BN di media sosial sebagai serangan menjelang PRU14 nanti.
Terdahulu, gambar Mukhriz dan Mohamad Sabu dirakam ketika mereka hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Pakatan Harapan di Wisma Harapan Stargate, Alor Setar, baru-baru ini.
Gambar tersebut kemudiannya disunting seolah-olah bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Timbalan Presiden Pas itu dihidangkan babi sebagai hidangan utama pada majlis tersebut.
“Setiap hari kita boleh lihat banyak bukti bahawa Umno dan BN menggunakan dua senjata baru untuk menghadapi PRU14 iaitu penyebaran berita palsu dan rasuah.
“Sebenarnya mereka adalah penyebab kepada penyebaran berita palsu dan maklumat yang tidak benar, tetapi mereka buat strategi kononnya mahu memerangi penyebaran berita palsu dengan undang-undang,” katanya.
Kit Siang berkata, di sebalik strategi itu sebenarnya adalah mahu menganiaya para pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan atas dakwaan yang tidak benar.
Menurutnya, pemimpin DAP Selangor, Young Syefura Othman juga antara individu yang didakwa menjadi sasaran Umno dan BN apabila dituduh mengambil bahagian dalam perayaan Tahun Baharu Cina dengan memotong daging khinzir.
“Sebenarnya beliau tidak hadir pada majlis tersebut dan tidak berada dalam gambar itu, tetapi telah difitnah. Kempen pembohongan, berita palsu dan maklumat tidak benar ini harus dikutuk tanpa syarat.
“Perkara sama juga berlaku dalam isu rasuah dan mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencemarkan imej pemimpin Pakatan Harapan sebagai rasuah sama seperti pemimpin BN,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, rakyat kini tidak mempunyai banyak pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan ataupun BN pada PRU14 nanti.
PAS LEBIH MERBAHAYA DARI UMNO
Setakat dengan umno boleh berbeza pendapat tapi kalau dengan PAS, jangan sampai tergadai akidah atas fahaman siasah dunianya yang rakus dan sempit...
Posted by Kluangman
Hadi pun pernah 'umum' Malaysia negara sekular
Sehari selepas menyindir pedas DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan mengenai isu Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
Peguam berpengalaman yang kini menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin berkata seorang hakim - yang kini menjadi anggota PAS - pernah membuat keputusan di mahkamah mengiktiraf Malaysia bukan negara Islam.
Memetik kes berkenaan Hanipa dipercayai merujuk kepada Tun Salleh Abbas yang pernah menjadi calon, wakil rakyat serta exco Terengganu.
Kata Hanipa pada 1988 Salleh menghakimi perbicaraan membabitkan Che Omar Che Soh yang diwakili dua peguam bukan Islam, M Mura Raju dan Ramdas Tikamdas.
Semasa perbicaraan katanya peguam terbabit berhujah bahawa hukuman mati yang diperuntukkan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Senjata Api 1971 bercanggah dengan Islam.
Justeru jelas Hanipa ia melanggar Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan kes dituduh ke atas Che Omar tidak termasuk dalam kesalahan hudud atau qisas.
"Tahu tak Pak Aji yang hakim Islam itu tolak hujah berkenaan sebab hakim tu kata, negara ni bukan negara Islam tapi negara sekular!!" katanya dalam kemas kini di Facebook.
Tulis dalam buku
Semalam Abdul Hadi berhujah haram bagi umat Islam menjadi penyokong, menganggotai atau berkawan setia dengan parti yang menentang Islam.
"Rakyat bukan Islam hendaklah menolak parti itu demi keselamatan semua.
"Adapun umat Islam diharamkan dengan sekeras-kerasnya sama ada menjadi ahli, penyokongnya atau alatnya, termasuk menjadikannya rakan setia untuk perjuangan partinya apabila nyata sikapnya terhadap Islam, sehingga Allah memberi amaran yang keras dan menjadikannya sebahagian daripada sifat munafik," katanya.Walaupun tidak menamakan parti terbabit, Abdul Hadi dalam tulisan yang disiarkan Harakahdaily dengan jelas dipercayai merujuk kepada DAP.
Abdul Hadi juga mendakwa parti terbabit bertindak amat berani apabila mengisytiharkan Malaysia sebuah negara sekular.
Hanipa yang pernah menjadi pengerusi Lajnah Undang-undang PAS mengingatkan naib ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu supaya sentiasa bersikap adil semasa memberikan pandangan.
"Kena adillah Pak Aji walaupun terhadap orang yang sangat kita benci," katanya merujuk kepada ayat kelapan surah al-Maidah.
Salleh adalah bekas ketua hakim negara yang menyertai politik pembangkang. Beliau mula-mula menjadi calon pilihan raya pada 1995 mewakili Parti Semangat 46 dan bertanding di Lembah Pantai, namun kalah kepada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Pada PRU berikutnya (1999) PAS meletakkan Salleh sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jertih. Selepas berjaya mengetepikan BN (hasil kerjasama dengan PKR) di Terengganu Abdul Hadi dilantik menjadi menteri besar dan Salleh dilantik menjadi salah seorang exco negeri itu.
Sementara itu Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin, mengingatkan Abdul Hadi sendiri pernah 'mengiktiraf' Malaysia sebuah negara sekular.
Wan Ji yang sebelum ini menjadi anggota Dewan Ulama PAS Selangor merujuk kepada sebuah buku karangan Abdul Hadi berjudul Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari.
Buku itu diterbitkan pada 2005 sebagai reaksi Abdul Hadi terhadap dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan perdana menteri kelima Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada halaman 39 Abdul Hadi menulis:
[...] mengasaskan perlembagaan negara dengan meletakkan asas Malaysia sebagai negara sekular yang tidak sekali-kali memberi kedudukan yang berdaulat kepada agama Islam dan objektif negara Islam yang sebenar.
Sebaik saja bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencanangkan Malaysia adalah negara Islam, maka para ulama dan fuqaha rasmi upahan Umno pun sibuk mencari kitab-kitab fikah untuk menyokongnya.
malaysiakini.
Loading...
0 Response to "[Video Kenapa saya keluar Umno & Ahli Hilang Kepercayaan Kepada Umno BN PEMBOHONG!] 'Senjata Baru Umno' menjelang PRU iaitu penyebaran berita palsu dan rasuah & PAS LEBIH BERBAHAYA DARIPADA UMNO! Hadi pun pernah 'umum' Malaysia negara sekular."
Posting Komentar