Loading...

[Video Najib Umno Hanya Berani Bubar Parlimen Bila Persempadanan SPR Diluluskan Agong] Tidak lagi menyerang UMNO, Hadi kini keluarkan Amanat 2.0 terhadap DAP.

Loading...
Isnin, 26 Februari 2018

Image result for Gambar hadi tidak serang umno
Masuklah Umno! Iskandar Samad sergah Hj Hadi?
Image result for Gambar hadi tidak serang umno
PAS kini mengambil pendekatan lebih lunak dalam gerakan mereka berdepan dengan Umno.

Tidak lagi menyerang Umno, Haji Hadi kini keluarkan Amanat 2.0 terhadap DAP

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam tulisannya di Harakahdaily yang bertajuk “Tolak parti yang menggugat agama dan perpaduan” menjatuhkan hukum haram kepada sesiapa yang menyertai atau menyokong DAP.
Meskipun hujah Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan panjang lebar tidak menyebut parti mana, namun jelas sekali sasaranya adalah DAP apabila menyebut:
“Pendekatannya memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ke arah melarutkan kaum dan bangsa serta bahasanya yang sudah menjadi tabii manusia.”
Jika dahulu penyokong PAS tentu sudah terbiasa mendengar tuduhan ‘menghalang perjuangan Islam’, ‘memperjuangkan negara sekular’, ‘perkauman’ dan lain-lain ditujukan kepada UMNO. Namun kini dilihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalakan meriamnya ke arah DAP pula. Semenjak dirinya menerajui PAS untuk berjinak-jinak dengan Dato’ Sri Najib Razak dan UMNO.
Amanat Haji Hadi 2.0
Ini tidak lain merupakan Amanat Haji Hadi 2.0. Amanat Haji Hadi 1.0 pada tahun 1981 dengan radikalnya menjatuhkan hukum bahawa melawan UMNO merupakan satu jihad dan sekiranya mati menentang UMNO, mati itu adalah mati syahid. Tindakan itu diketahui umum telah membenihkan budaya takfiri (kafir mengkafir) di kalangan penyokong PAS dan UMNO yang berpanjangan.
Sekali lagi atas kepentingan politik, dalam keadaan PAS yang semakin terdesak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan agama untuk menjatuhkan hukuman haram bagi orang-orang Islam bersama dengan DAP atau menyokong DAP. Terang lagi bersuluh Haji Hadi mahu menghidupkan semula fatwa yang memupuk budaya saling bergaduh seperti yang telah diwujudkan Amanat Haji Hadi 1.0.
Ironinya, di saat rencana Haji Hadi itu cuba menyeru kepada keamanan dan harmoni, Haji Hadi tidak dapat meninggalkan tabiat radikalnya. Benarlah kata peribahasa Melayu, asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. Tabiat yang susah mahu berubah.
Agama untuk kebaikan
Untuk memupuk keharmonian dalam negara, apa yang Haji Hadi perlu lakukan memadai belajar daripada pengalaman lalu. Menginsafi bahawa apabila hukum-hakam Islam bercampur-baur dengan permainan politik, maka akan muncul pelbagai kerancuan, dan yang jadi mangsa adalah penyokong dan rakyat Malaysia amnya
Lihat bagaimana Haji Hadi hari ini mampu melupakan Amanat lamanya, dan kini duduk semeja bercanda dengan UMNO. Meskipun UMNO masih lagi seperti yang dia katakan dahulu, “mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir”. Entah ke mana hilang seruan radikal jihadnya dulu.
Malah semakin hari semakin serupa dengan UMNO, dalam tulisannya, Haji Hadi turut menggunakan isu 13 Mei sebagai alat menakut-nakutkan rakyat Malaysia, modus operandi yang biasanya hanya digunakan oleh UMNO. Di tangan ahli politik, hukum-hakam agama tidak lain hanya menjadi alat untuk kepentingan politiknya.
Jika mahu Malaysia harmoni, elakkanlah mempergunakan nama dan firman Tuhan untuk tujuan menimbulkan perseteruan di kalangan rakyat. Elakkanlah mengeluarkan hukum sewenang-wenangnya mengikut selera politik sendiri.
Malaysia tidak perlukan ‘penguasa taliban’ yang kerjanya mengharamkan itu dan ini, mengkafirkan itu dan ini. Yang Malaysia perlukan adalah seorang alim yang apa saja dituturkan menenangkan hati.
Biarlah agama memainkan peranan mewujudkan suasana baik dan sejahtera, bukannya diletakkan di dalam tangan ahli politik untuk mencetus permusuhan. – Roketkini.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Najib Umno Hanya Berani Bubar Parlimen Bila Persempadanan SPR Diluluskan Agong] Tidak lagi menyerang UMNO, Hadi kini keluarkan Amanat 2.0 terhadap DAP."

Posting Komentar