Loading...
Guna kereta mentua ragut warga emas
SEORANG wanita terjatuh setelah diragut oleh seorang pemuda di Taman limau Manis, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Utusan.
Utusan.
Menurut China Press, polis telah menahan dua suspek berusia 33 tahun dan 25 tahun kira-kira sejam selepas insiden itu yang berlaku pada pukul 1.40 tengah hari tadi sekitar Jalan Hamzah di Kota Bharu, Kelantan.
Suspek pertama meragut wanita itu manakala suspek kedua yang merupakan adiknya memandu kereta yang digunakan untuk melarikan diri.
Insiden berlaku di Jalan Hamzah, Kota Bharu.
Menerusi video itu, suspek pertama keluar daripada kereta yang diletakkan berhadapan dengan kereta mangsa dan mendekati mangsa dari belakang dan kemudian meragut beg tangannya.
Mangsa yang ketika itu ingin masuk ke keretanya jatuh dan kepalanya terhentak ke tanah. Dia tidak bergerak kira-kira hampir seminit dan kemudiannya jatuh ke dalam longkang ketika cuba untuk bangun.
Video itu mencetuskan kemarahan ramai dan malah ada yang menjalankan siasatan sendiri terhadap nombor pendaftaran kereta digunakan suspek yang jelas kelihatan.
Siasatan itu mendapati kereta Proton Persona berwarna hitam itu milik seorang lelaki berusia 59 tahun.
Polis kemudian memaklumkan kereta itu milik bapa mentua suspek pertama.
Kedua-dua suspek ditahan di rumah bapa mentua tersebut dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek pertama mempunyai tiga rekod jenayah iaitu dua di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
Suspek kedua tiada rekod jenayah.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
malaysiakini.
PRU 14: HARAPAN mungkin tak dapat guna logo sama, kata Dr M
Parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin tidak dapat bertanding di bawah logo yang sama sebaliknya menggunakan logo masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi HARAPAN itu berkata ia berikutan kelambatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.
"Kami dalam keadaan tidak pasti kerana tidak tahu sama ada akan bertanding dalam PRU ke-14 atas tiket HARAPAN atau parti secara sendiri.
"Tentulah jika kita bertanding atas tiket parti komponen dengan logo masing-masing, rakyat akan keliru.
"Sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan HARAPAN," kata bekas perdana menteri itu.
Beliau bercakap di hadapan 1,500 orang yang menghadiri program jelajah HARAPAN di Alor Gajah, Melaka, malam ini.
HARAPAN menghantar permohonan pendaftaran pada pertengahan tahun lalu dan Mahathir sebelum ini mendakwa ROS berulang kali sengaja melambat-lambatkan proses itu.
Walaupun mereka tidak dapat bertanding menggunakan logo sama, Mahathir berkata rakyat seharusnya tahu akan empat parti komponen gabungan itu.
"Saya meminta anda semua undi apa saja logo selagi ia bukan dacing atau bulan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau merujuk kepada BN dan PAS yang dikatakan akan menyertai PRU ke-14 melalui Gagasan Sejahtera - kerjasamanya dengan beberapa parti pembangkang kecil.
Pada 21 Februari lalu, beberapa pemimpin HARAPAN memfailkan saman terhadap ROS yang menurut mereka mengabaikan tanggungjawabnya.
Sebelum program ceramah di Alor Gajah itu, beberapa program lebih kecil turut diadakan di sekitarnya.
Misalnya sesi Teh Tarik di Krubong yang turut disertai Mahathir, serta dua rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PKR dan DAP.
Program jelajah turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.
malaysiakini.
Loading...
0 Response to "[Video Pas Hadi Dah Macam Najib Umno Gila Kuasa] Guna kereta mentua ragut warga emas & PRU 14: HARAPAN mungkin tak dapat guna logo sama, kata Dr M."
Posting Komentar