Loading...

[Video PERSEMPADANAN SEMULA tidak bantu BN & Muhyiddin: Ini Masa Untuk Rakyat Malaysia Bersatu Hati] PRU14 - Rakyat vs BN, jentera dan tipu muslihat UmnoBN...

Loading...
Ahad, 4 Februari 2018


Related image
PRU14- Rakyat vs BN, jentera dan tipu muslihat UMNO/BN... 

Kita kini memasuki pusingan terakhir sebelum menjelang pilihan raya yang mana tiada guna lagi untuk meneka tarikh pilihan raya umum (PRU) yang akan diumumkan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum Ramadan (17 Mei) dan sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 8 Jun, pembubaran Parlimen itu akan terjadi sebelum sidang parlimen pada 5 Mac atau selepas ia berakhir pada 5 April. Apapun, kita boleh simpulkan bahawa tak sampai seratus hari lagi sebelum PRU paling penting dalam sejarah Malaysia.  

Saya ingin mengalu-alukan semua sukarelawan agen pengundian dan pengiraan undi (PACA) dalam PRU akan datang. Penyertaan anda akan memberi perbezaan yang besar dalam mempengaruhi keputusan PRU, terutamanya di kerusi marginal dan berpotensi terjadi pertukaran undi. 

Sebagai contoh, pilihan raya kecil (PRK) Sibu pada Mei 2010, mendiang Wong Ho Leng dari DAP memberikan kejutan besar di kerusi yang sebelumnya dianggap mustahil dimenangi pembangkang. Beliau menang dengan majoriti undi yang sangat tipis iaitu 398. Kemenangan itu antara lain hasil daripada sukarelawan PACA-nya yang tekun dan berani yang membatalkan 200 undi meragukan yang berpihak kepada BN. Kadang-kadang, hanya sedozen undi boleh menentukan nasib satu-satu kerusi malah negara.

Tumpang sekole.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video PERSEMPADANAN SEMULA tidak bantu BN & Muhyiddin: Ini Masa Untuk Rakyat Malaysia Bersatu Hati] PRU14 - Rakyat vs BN, jentera dan tipu muslihat UmnoBN..."

Posting Komentar