Loading...

Berita Cukup Mengejutkan Dari Istana Johor

Loading...
Berita Cukup Mengejutkan Dari Istana Johor. Seorang lelaki yang berhasrat melarikan kereta jenis Ferrari milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diberkas selepas menceroboh Istana Bukit Serene.

Berita Harian melaporkan suspek berusia 31 tahun dikesan menceroboh masuk ke kawasan istana melalui pintu pagar East Lodge, Jalan Straits View sekitar jam 12.15 tengah hari semalam.

Berita Cukup Mengejutkan Dari Istana Johor. Ketika kejadian, hanya seorang anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) mengawasi pintu pagar tersebut.

Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah bagaimanapun tidak berhenti dan terus masuk ke dalam istana menggunakan kereta Proton Waja.

Semasa di garaj, seorang kakitangan istana melihat kelibat suspek yang masuk ke dalam kereta Ferrari warna biru dalam keadaan mencurigakan sebelum kakitangan terbabit segera menarik kunci kereta berkenaan.

Berita Cukup Mengejutkan Dari Istana Johor


Setelah gagal, suspek kemudian berjalan ke keretanya sebelum memecut kenderaannya melalui laluan sama dimasukinya.

Polis yang menerima maklumat kejadian menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), berhasil memberkas suspek.

Hasil saringan ujian air kencing, suspek yang berasal dari Gelang Patah, Johor itu positif dadah jenis methamphetamine .

Berita Cukup Mengejutkan Dari Istana Johor


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Khader Mohd mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berita Cukup Mengejutkan Dari Istana Johor"

Posting Komentar