Loading...
Oleh Haniff Khatri (Siri : 1305)
NAJIB RAZAK - "BAGAIKAN MELUDAH KE LANGIT" APABILA TUDUH "PPBM TIDAK MAMPU URUS PARTI SENDIRI MENURUT PERLEMBAGAAN PARTI" !!
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, AsSalaamualaikum dan Salam Sejahtera :
1. Pada 30.01.2018, NAJIB RAZAK, sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, telah melemparkan satu TUDUHAN PALSU apabila beliau dipetik oleh MALAYSIA GAZETTE bertajuk "PPBM urus parti tak mampu, nak perintah negara?", di mana NAJIB RAZAK telah dipetik berkata :
"Kita tak nampak dari segi prinsip perlembagaan, kalau kita buat perlembagaan sendiri, kita kena patuh pada perlembagaan kita,
"Saya diberitahu peringkat cawangan, bahagian mereka (PPBM) tak ada mesyuarat, alih-alih peringkat nasional ada perhimpunan, kita tak tahu macam mana perwakilan itu datang? dan
"Jadi, maknanya pengurusan parti sendiri boleh dipersoalkan daripada segi perlembagaan yang mereka sendiri tentukan dan diluluskan mereka dan adakah ini petanda mereka boleh jalankan tanggungjawab lebih besar? "
(Link Laporan :(MALAYSIA GAZETTE 30.01.2018)
(Link Laporan :(MALAYSIA GAZETTE 30.01.2018)
2. Anehnya, kenyataan NAJIB RAZAK seperti yang dipetik di atas, adalah terbukti "BAGAIKAN MELUDAH KE LANGIT", kerana UMNO, parti NAJAB RAZAK sendiri adalah sebenarnya terbukti sebagai parti yang TIDAK DAPAT diri mereka sendiri menurut PERLEMBAGAAN PARTI sendiri, mahupun menurut keperluan undang-undang !!
3. Menurut PERLEMBAGAAN UMNO :
(a) Menurut Fasal 9.3, anggota MAJLIS TERTINGGI UMNO yang disenaraikan di bawah Fasal itu, (yang termasuk jawatan tertinggi PRESIDEN) hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali !!
(b) Menurut Fasal 15.3, anggota JAWATANKUASA BAHAGIAN UMNO yang disenaraikan di bawah Fasal itu, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali, tertakluk kepada peruntukan Fasal 10.16 !!
(c) Menurut Fasal 18.2, anggota JAWATANKUASA CAWANGAN UMNO yang disenaraikan di bawah Fasal itu, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali, tertakluk kepada peruntukan Fasal 10.16 !!
(d) Manakala, menurut Fasal 10.16 pula, MAJLIS TERTINGGI UMNO, berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MAJLIS TERTINGGI, BAHAGIAN dan CAWANGAN, namun penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan "dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan" !!
4. Menurut kronologi rentetan peristiwa yang telah dilaporkan di dalam media massa setakat ini, dan tidak pernah dinafikan oleh UMNO adalah seperti berikut :
(a) Menurut UMNO ONLINE 31.05.2013 bertajuk "Pemilihan UMNO Tahun Ini, 15 Julai – 31 Ogos Mesyuarat Cawangan", telah melaporkan berkaitan pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO yang terakhir diadakan :
"Oleh itu mesyuarat cawangan akan bermula selepas proses penerangan ini selesai diadakan dan tarikh paling awal yang dapat kita adakan mesyuarat cawangan adalah pada 15 Julai hingga 31 Ogos tahun ini, ... ”
(b) Hatta, TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO semestinya, mengikut pengiraan matematika tahap tadika sekalipun, adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2013 !!
(c) Justeru, menurut Fasal 18.2 PERLEMBAGAAN UMNO (Perenggan 3(c) di atas),"tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan" seterusnya adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2016 !!
(d) Namun, menurut ASTRO AWANI 26.06.2015 bertajuk "Pemilihan UMNO 2016 ditangguh 18 bulan - Najib", telah melaporkan seperti berikut :
"Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.", dan "Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya UMNO lebih mantap bagi menghadapi PRU akan datang."
(Screenshot Laporan : ASTRO AWANI AWANI 26.06.2015
(e) Berlanjutan dari penangguhan pemilihan selama tempoh lapan belas (18) bulan yang dipetik di Perenggan 4(d) di atas, maka TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO semestinya adalah 28.02.2018, iaitu tatkala jarum jam mencecah angka 12 pagi nanti !!!
(f) TIDAK ADA mana-mana Kenyataan lanjut UMNO sebelum dari ini, yang mengatakan bahawa tarikh pemilihan di peringkat CAWANGAN telah kononnya dilanjutkan lagi secara sah selepas tarikh akhir 28.02.2018 !!!
(g) Pada hari ini Setiausaha Agung UMNO, TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR telah mengeluarkan satu KENYATAAN MEDIA 27.02.2018 yang kononnya mengatakan :
" Saya ingin menyatakan bahawa Penangguhan Pemilihan UMNO yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini, akan dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019 selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)."
(h) Hakikatnya dari segi undang-undang adalah, MAJLIS TERTINGGI UMNO mahupun PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) tidak boleh membuat apa-apa lanjutan penangguhan, selepas tarikh akhir pengadaan pemilihan CAWANGAN UMNO pada 28.02.2018, kerana ianya bertentangan dengan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN UMNO sendiri, dan PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) tiada kuasa untuk mengabaikannya langsung dalam kerangka peruntukan PERLEMBAGAAN UMNO dan fakta terkini !!!
(Screenshot KENYATAAN MEDIA 27.02.2018 : Ruang Bawah Kanan)
5. Hatta, menurut peruntukan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN UMNO (Perenggan 3(c) di atas),"tarikh pemilihan (CAWANGAN UMNO) yang sepatutnya ia diadakan" iaitu 31.08.2016 SUDAH PUN dilanjutkan secara maksima lapan belas (18) bulan iaitu ke tarikh 28.02.2018 (Perenggan 4(d) dan (e) di atas, dan MUSTAHIL ataupun TIDAK SAH untuk dilanjutkan lagi di sisi PERLEMBAGAAN UMNO sekali pun, jika pun ianya dicuba oleh MAJLIS TERTINGGI UMNO, ataupun jika ianya diluluskan oleh pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) sekalipun !!!
6. Atas dasar itu, saya CABAR pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) untuk memberi KENYATAAN RASMI (yang sering dilakukan oleh pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) apabila ianya babitkan isu PPBM), bahawa kesemua CAWANGAN UMNO yang berjumlah hampir 22 ribu itu, adalah menjadi TIDAK SAH di sisi PERLEMBAGAAN UMNO sendiri, dan undang-undang Malaysia, mulai dari saat jarum jam mencecah angka 12 pagi (01.03.2018) nanti !!!
7. RUMUSAN HAKIKI dari sudut PERLEMBAGAAN UMNO dan undang-undang Malaysia adalah seperti berikut:
(a) Kesemua CAWANGAN UMNO di seluruh Malaysia akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada tepat jam 12 am, 01.03.2018 !!!,
(b) Kesemua BAHAGIAN UMNO di seluruh Malaysia dan MAJLIS TERTINGGI UMNO akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada tepat jam 12 am, 19.04.2018 (iaitu menurut fakta, tarikh pemilihan terakhir BAHAGIAN UMNO dan MAJLIS TERTINGGI UMNO adalah 19.04.2013), mengambilkira penangguhan terdahulu yang dilaporkan oleh UMNO ONLINE 31.05.2013, di Perenggan 4(a) di atas !!!,
(c) Maka, NAJIB RAZAK secara automatik sebagai Presiden UMNO, TIDAK SAH sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas 19.04.2018 !!!, (d) Hatta, UMNO sebagai parti polirtik yang TIDAK SAH selepas 19.04.2018, TIDAK BOLEH bertanding dalam PRU-14 yang diadakan selepas 19.04.2018 !!!,
(e) Sayugia, NAJIB RAZAK tidak boleh ANGKAT SUMPAH JAWATAN sebagai Perdana Menteri di hadapan Ke-Bawah Duli Yang Di-pertuan Agong selepas 19.04.2018 sebagai Presiden UMNO !!!
BERANI KERANA BENAR !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
Loading...
0 Response to "KRISIS KEPERLEMBAGAAN UMNO MUNCUL SEMULA !! SIRI PERTAMA : 1988 !! SIRI KEDUA : 2018 !!"
Posting Komentar