Loading...

Menteri Besar Kedah Dakwa Muhkriz Tidak Cerdik

Loading...
Menteri Besar Kedah Dakwa Muhkriz Tidak Cerdik. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau malas hendak melayan kritikan pendahulunya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkaitan isu Ekspo Muafakat Kedah.

“Ini hasil permuafakatan semua pihak terutamanya bagi kerajaan BN yang telah membuktikan kejayaannya mentadbir negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah Dakwa Muhkriz Tidak Cerdik. “Saya sendiri tidak berani mengaku dan malu untuk katakan ini kejayaan saya, semua orang buat kerja…..dia (Mukhriz Mahathir) masa jadi menteri besar pun masih merangkak kerana baru pegang jawatan.

“Biarlah dia dengan cara dia, saya kalau boleh tidak mahu layan sangat perkara macam ni…. dia pun bukan cerdik sangat,” ujar Bashah seperti dilaporkan Umno Online.

Muhriz yang juga pengerusi Pakatan Harapan Kedah semalam dilaporkan berkata sebahagian besar kejayaan kerajaan negeri yang dipamerkan di Ekspo Muafakat Kedah adalah hasil usaha sejak 2013, bukannya dalam tempoh 2016 sehingga kini.

Menteri Besar Kedah Dakwa Muhkriz Tidak Cerdik


Beliau berkata, kebanyakan perancangan dilakukan sejak 2013 dan setiap projek dicadangkan mengambil masa antara tiga hingga empat tahun untuk dilaksanakan, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Bashah juga berkata, tanpa kerjasama semua pihak dalam kerajaan, mana mungkin ekspo itu mencapai kejayaan.

Menteri Besar Kedah Dakwa Muhkriz Tidak Cerdik. Media Umno itu melaporkan antara yang dipamerkan adalah insentif air percuma 20 meter (diperkenalkan pada 12 November), projek 200,000 kotak Barakah untuk isi rumah (mulai 1 April 2016) dan usaha menaik taraf KUIN kepada UNISHAMS (mulai Januari 2018). -malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menteri Besar Kedah Dakwa Muhkriz Tidak Cerdik"

Posting Komentar