Loading...
Gambar hiasan |
Punca perkara seperti itu berlaku kerana kurang pemantauan daripada ibu bapa sehingga menyebabkan remaja bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka walaupun menyalahi tatasusila.
Jika sikap sedemikian tidak dikawal, remaja terbabit berkemungkinan besar akan terlibat dengan gejala lebih teruk seperti penyalahgunaan dadah dan mencuri wang untuk membeli barang terlarang.
Mula-mula, mereka mencuba perlakuan yang ringan-ringan sahaja seperti merokok. Kemudian, mereka akan beralih pula kepada gejala lebih berat seperti mengambil dadah atau meminum arak.
Kita sudah tentu tidak mahu remaja terjebak dengan perbuatan negatif sedemikian. Ibu bapa mempunyai peranan penting untuk mendidik anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan gejala tidak sihat serta memantau segala aktiviti dilakukan remaja.
Jangan menyerahkan sepenuhnya tugas berkenaan kepada guru di sekolah yang mempunyai banyak kerja lain. Elak bersikap lepas tangan, jika ibu bapa terbabit tidak mahu mengalami penyesalan tidak berkesudahan pada masa depan.
NUAIM BAHRON
Kuala Lumpur
Sumber: Utusan
loading...
Loading...
0 Response to "Pantau aktiviti remaja sekarang"
Posting Komentar