Loading...

PKR Tuntut Kempen 3 Minggu PRU14

Loading...
PKR menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia akan membolehkan semua calon yang bertanding mendekatkan diri dengan rakyat, di sebalik jumlah pengundi yang semakin bertambah.

“Pengundi semakin bertambah… tidak adillah jika tempoh berkempen disingkatkan,” katanya membahaskan ucapan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Azizah turut menyentuh peruntukan di dalam Perkara 44 iaitu tempoh pilihan raya yang diadakan dalam perbahasannya.

“Kita semua sedia maklum bahawa ada sehingga 60 hari sehingga Parlimen dibenarkan bagi mengadakan pilihan raya. Dengan peruntukan ini tidak ada sebab SPR menetapkan tempoh berkempen, iaitu antara hari penamaan calon sehingga hari mengundi di dalam jangka waktu yang singkat.”

Tempoh berkempen untuk pilihan raya umum semakin singkat sejak 4 dekad lalu.

Pada 1969, tempoh kempen ialah 35 hari, sebelum dikurangkan kepada kira-kira 2 minggu pada 1974, 1978 dan 1982.

Tempoh berkempen paling singkat ialah 8 hari pada 1999. Pada 2013, 15 hari diperuntukkan untuk berkempen. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Tuntut Kempen 3 Minggu PRU14"

Posting Komentar