Loading...

Projek 1MBD di TRX : Rafizi bongkar satu lagi pembohongan

Loading...

 Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mendakwa harga tanah !MBD yang dijual kepada Mulia Group berbeza sebanyak RM261 Juta dari yang diumumkan.

Menurut Rafizi dakwaan tersebut berdasarkan maklumat-maklumat yang beliau perolehi setakat ini, jelas menggambarkan: 

 1. Tabung Haji bukannya membeli tanah di TRX pada harga yang mendapat diskaun seperti yang dijelaskan dalam tahun 2015, sebaliknya lebih mahal jika dibandingkan dengan harga jualan kepada Mulia Group dari Indonesia (Tabung Haji membayar RM2,773 satu kaki persegi berbanding Mulia Group membayar RM2,769 satu kaki persegi) 

 2. Pengumuman 1MDB dan Kerajaan Malaysia sebelum ini bahawa tanah dijual kepada Mulia Group pada harga premium sehingga 62% lebih mahal dari harga hartanah berdekatan, adalah bercanggah dengan harga yang dilaporkan di dalam penyata kewangan diaudit pemaju The Exchange 106 sendiri 

 Saya ingin bertanya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak: adakah pengumuman 1MDB dalam tahun 2015, iaitu semasa beliau masih menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB – adalah satu pembohongan yang bertujuan menipu rakyat kononnya Tabung Haji membeli tanah pada harga diskaun dari 1MDB untuk meredakan kemarahan rakyat? 

 Beliau akan menyambung pendedahan ini esok sementara menunggu maklum balas 1MDB dan Dato’ Seri Najib. ~ sumber

Laporan lengkap sila klik : DI SINI

Rakaman penuh sidang media boleh ditonton di Facebook | Rafizi Ramli https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Projek 1MBD di TRX : Rafizi bongkar satu lagi pembohongan"

Posting Komentar