Loading...

REVIEW FILEM SURF THIS LOVE GELORA JUARA

Loading...

Sebelum ni saya pernah kongsikan satu artikel berkenaan Filem Surf This Love : Gelora Juara. Sebuah filem lakonan mantap oleh beberapa artis popular tanah air seperti Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, dan Josiah Hogan ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

1.0 FILEM SURF THIS LOVE


Filem Surf This Love : Gelora Juara merupakan sebuah filem berkonsepkan sukan luncur air yang pertama di Malaysia. Sebuah filem yang menceritakan kisah kekeluargaan, persahabatan dan cita-cita. Filem yang cukup santai untuk ditonton dengan keluarga dan kawan-kawan.

Bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia. Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan. Ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).


1.1 MALAM GALA FILEM SURF THIS LOVE



Malam gala dan tayangan perdana Filem Surf This Love : Gelora Juara telah berlangsung di MMCineplexes E-Curve, Damansara yang bermula sekitar 7 malam pada 19 Februari 2017 dan para jemputan telah menyaksikan sendiri persembahan nyanyian dari artis jemputan serta ucapan pembukaan pengerusi majlis.

1.2 REVIEW FILEM SURF THIS LOVE


Sebuah filem yang penuh dengan babak komedi dan santai. Pengolahan cerita yang tidak terlalu berat dengan penyampaian yang baik oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman. Kisah 3 sahabat mengejar cita-cita untuk menjadi peluncur air ini cukup menyentuh hati saya apabila ianya di akhiri dengan peristiwa yang sangat tidak disangka. Bagaimana Bobby meninggal


Gandingan Shukri Yahaya (Billy) dan Dottie (Siti Lobster) sebagai adik-beradik yang banyak membawa dialog-dialog lucu menjadikan filem ini lebih menarik dan tidak membosankan. 


Selain itu, elemen cinta diantara Billy dan Mia yang dihadirkan dalam filem ini cukup memberi kesan apabila hadirnya orang ketiga iaitu Mike Malaya. Mungkin pada awalnya nampak jalan ceritanya terlalu biasa, tapi pada akhirnya dengan olahan cerita yang bagus plot ceritanya boleh dipuji.


Bagi korang yang belum berkesempatan menonton  Filem Surf This Love : Gelora Juara ni, tidak rugi untuk anda membawa keluarga anda untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan anda. Filem yang santai dan sarat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan.

Jangan lupa follow instagram official filem ini @surfthislove untuk mengetahui aktiviti pelakon filem ini dan info-info terbaru tentang filem Surf This Love.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "REVIEW FILEM SURF THIS LOVE GELORA JUARA"

Posting Komentar