Loading...
Rupanya Berita Ini Palsu. Tidak ada wang tunai sebanyak RM1 bilion dijumpai tersimpan dalam kapal pesiar mewah Equanimity ketika ia ditahan pihak berkuasa Indonesia di perairan Bali seminggu lalu, lapor media republik itu.
Ketua bahagian siasatan jenayah polis Indonesia, Ari Dono Sukmanto berkata maklumat yang tersebar melalui sebuah blog di Malaysia itu berita palsu.
Rupanya Berita Ini Palsu. Jelas beliau operasi menggeledah dan menyita kapal pesiar mewah itu pada 28 Februari lalu dilakukan mengikut prosedur dan disaksikan oleh pihak ketiga.
"Semuanya sesuai prosedur, mulai daripada proses penggeledahan dan penyitaan semuanya didokumentasikan. Bahkan selalu mendapat pendampingan daripada kru kapal dan penasihat undang-undang syarikat pemilik kapal," kata Ari, seperti dipetik portal berita Liputan6.com.
Tambah beliau, sepanjang proses itu apa yang ditemui hanyalah dokumen termasuk senarai anak kapal dan penumpang.
Dakwaan penemuan RM1 bilion dalam kapal pesiar mewah yang kini disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) itu tular di media sosial sejak dua hari lalu.
Rupanya Berita Ini Palsu
Equanimity, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho dan didakwa bahan bukti skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB), ditahan oleh polis Indonesia yang membantu siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) selepas memantau pergerakannya selama lapan hari.
Putrajaya sementara itu menegaskan tiada sebarang bukti kapal layar yang disita itu milik Jho Low atau dibeli dengan dana 1MDB.
Namun beberapa jam selepas media melaporkan polis Indonesia menahan Equanimity dan anak kapalnya seminggu yang lalu, Jho Low melalui jurucakapnya berkata tindakan itu sebagai keterlaluan kerana DoJ masih belum membuktikan ada sebarang salah laku terkait dengan kapal pesiar itu.
Dokumen perundangan yang difailkan oleh DoJ sebelum ini juga mengaitkan Jho Low dengan kapal pesiar itu dan media melaporkan beliau "mungkin terjejas kepentingannya" berikutan tindakan polis Indonesia menyita kapal berkenaan.
Rupanya Berita Ini Palsu
Kapal itu setakat ini masih berlabuh di pelabuhan Benoa dan belum diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika sementara menunggu siasatan pihak berkuasa Indonesia selesai.
Siasatan itu antara lain cuba mengaitkan kapten kapal, Rolf Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika Selatan dengan tuduhan cuba mengelak kapal pesiar itu dirampas pihak berkuasa di Amerika.
Rupanya Berita Ini Palsu. Sepanjang pelayarannya memasuki perairan Indonesia, kapal pesiar itu dikesan mematikan alat pengesan automatiknya semasa melalui perairan Filipina dan Singapura, kata polis Indonesia. – the malaysian insight
Iklan
Loading...
0 Response to "Rupanya Berita Ini Palsu"
Posting Komentar