Loading...

Rupanya Ini Plan Mahathir Jika BERSATU Di Bubarkan?

Loading...
Rupanya Ini Plan Mahathir Jika BERSATU Di Bubarkan? Penganalisis cuba membaca fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas pengerusi PPBM itu memaklumkan “pelan B” jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran parti itu menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Dr Mahathir Mohamad ialah seorang ahli politik pintar,” kata Wong Chin Huat daripada Penang Institute, apabila ditanya mengenai pelan alternatif yang disebut calon perdana menteri Pakatan Harapan itu.

Rupanya Ini Plan Mahathir Jika BERSATU Di Bubarkan? Wong berkata, satu daripada pelan itu mungkin ialah membenarkan calon PPBM bertanding atas tiket PKR.

Langkah itu boleh menutup bab terakhir permusuhan Dr Mahathir dengan bekas timbalannya yang kini merupakan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika Umno fikir beliau terlalu bangga untuk partinya menggunakan simbol PKR, Dr Mahathir akan memberi mereka satu kejutan besar,” kata Wong.

Dr Mahathir dan Anwar berbaik semula pada 2016, selepas kedua-duanya berpaling muka pada 1998 dan mencetuskan saingan sengit dalam politik yang memecah belahkan rakyat menerusi 4 PRU.

Rupanya Ini Plan Mahathir Jika BERSATU Di Bubarkan?


PPBM kini disiasat JPPM susulan aduan daripada ahlinya.

Parti itu diberi masa sehingga 29 Mac ini untuk memberi jawapan dan dokumen dikehendaki atau berdepan kemungkinan dibubarkan.

Tetapi, Dr Mahathir semalam berkata, PPBM membuat alternatif lain jika mereka dibubarkan.

Pengarah Program Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, prospek calon PPBM bertanding atas tiket PKR tidak pelik.

Katanya, kedua-dua parti itu mempunyai persamaan.

“Walaupun PKR ialah parti berbilang kaum, orang ramai melihatnya parti pimpinan orang Melayu.”

Rupanya Ini Plan Mahathir Jika BERSATU Di Bubarkan? Katanya, DAP pernah menggunakan logo PKR ketika menghadapi masalah dengan JPPM, beberapa minggu sebelum PRU 2013. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rupanya Ini Plan Mahathir Jika BERSATU Di Bubarkan?"

Posting Komentar