Loading...

Rupanya Mahathir Bertanding Di Sini?

Loading...
PPBM menggesa Pakatan Harapan meletakkan calon anak tempatan di Parlimen Titiwangsa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan mengalu-alukan jika Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bertanding di kawasan itu.

“Sebagai pengundi di Parlimen Titiwangsa, saya mengharapkan PH tidak silap dalam mencatur strategi dengan menurunkan calon anak tempatan untuk bertanding di sini.

“Sekiranya PH tiada tokoh anak tempatan untuk diketengahkan, saya ingin mengalu-alukan Dr Mahathir sebagai negawaran untuk turun bertanding di Parlimen Titiwangsa,” kata Timbalan Ketua Pemuda PPBM Titiwangsa Muhammad Syafiq Shabaruddin dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sentimen anak tempatan penting untuk memenangi hati pengundi Titiwangsa kerana calon tempatan lebih berpeluang menarik undi di kawasan marginal Melayu.

“Salah satu faktor kemenangan Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada PRU12 adalah kerana beliau menetap di Keramat. Justeru beliau dianggap sebagai anak tempatan di Parlimen Titiwangsa.

“Antara faktor kekalahan Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi di tangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada PRU lalu kerana sentimen anak tempatan dimainkan jentera Barisan Nasional (BN).

“Johari yang berasal dari Kampung Pandan mempunyai kelebihan dan dilihat sebagai anak tempatan di Titiwangsa manakala Zamri bukan anak tempatan,” katanya.

Untuk rekod, Parlimen Titiwangsa mempunyai pengundi Melayu yang tinggi iaitu 68%, diikuti Cina (20%), India (10%) dan lain-lain bangsa (2%).

Daripada 68% jumlah pengundi Melayu, hampir 63% pengundi di kawasan teras Melayu seperti Kampung Baru, Keramat dan Pandan.

Kampung Baru sahaja mencatat peratusan jumlah pengundi mencecah 23%, diikuti Keramat (22%) dan Pandan (18%).

Katanya, PH dilihat kurang bergerak di Parlimen Titiwangsa dan menurunkan calon bukan anak tempatan akan menyumbang kepada kemenangan BN.

Syafiq berkata faktor anak tempatan yang memahami isu setempat khususnya melibatkan isu tanah warisan di Kampung Baru dilihat mempunyai kelebihan untuk berkempen bagi menentang calon BN.

“Calon anak tempatan dari PH diyakini mampu memberikan kelebihan untuk berkempen di saat akhir,” katanya.

Sebelum ini, Ketua PPBM Kubang Pasu Mohd Hairy Md Saad juga berharap Dr Mahathir bertanding di Kubang Pasu, Kedah kerana bekas perdana menteri itu pernah menjadi wakil rakyat di situ dan masih disayangi masyarakat di sana.

Walaupun calon masih belum dimuktamadkan, nama pengerusi PPBM itu antara yang disenaraipendekkan. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rupanya Mahathir Bertanding Di Sini?"

Posting Komentar