Loading...
TMJ Letak Jawatan Presiden FAM. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan selamat tinggal kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bertanggungjawab terhadap Harimau Malaya yang jatuh 3 anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Tunku Ismail menerusi catatan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi FAM selepas hampir setahun mengetuai badan pentadbir bola sepak itu.
TMJ Letak Jawatan Presiden FAM. “Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh 3 anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar. Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan.
“Terima kasih untuk segala-galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya.
“Kepada seluruh bangsa Johor yang saya sayangi dan juga para penyokong JDT di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya…Daddy’s home,” demikian catatan Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Dalam ranking terbaharu Fifa yang diumumkan hari ini, Harimau Malaya jatuh 3 anak tangga ke tempat ke-178 berbanding 175 pada bulan lalu.
TMJ Letak Jawatan Presiden FAM
Tunku Ismail dilantik sebagai presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.
Katanya, sepanjang mengetuai FAM, beliau berjaya memperbetulkan struktur bola sepak negara, menarik penaja dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara.
“Saya juga memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan.
“Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun.
TMJ Letak Jawatan Presiden FAM
“Ia adalah wang untuk hak penyiaran, di mana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan.”
Tunku Ismail berkata, skuad B23, B19 dan B16 juga mencipta sejarah dengan mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.
TMJ Letak Jawatan Presiden FAM. Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan konspirasi untuk menyingkirkan Tunku Ismail sebagai kerja orang gila. - free malaysia today
Iklan
Loading...
0 Response to "TMJ Letak Jawatan Presiden FAM"
Posting Komentar