Loading...
![Presiden Warisan, Shafie Apdal berdepan cabaran besar berdepan gandingan Musa Aman-Salleh Keruak. Kelemahan calon Warisan serta tiadanya perpaduan dalam kalangan parti pembangkang negeri akan menyukarkan keadaan. â Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2018.](https://www.themalaysianinsight.com/resources/stories_images/20520/dssa_sabah_06__full.jpg)
Presiden Warisan, Shafie Apdal berdepan cabaran besar berdepan gandingan Musa Aman-Salleh Keruak. Kelemahan calon Warisan serta tiadanya perpaduan dalam kalangan parti pembangkang negeri akan menyukarkan keadaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2018.
Penganalisis jangka lebih banyak kerusi BN tumbang di Sabah
PENGANALISIS beranggapan kegagalan Warisan dan parti pembangkang lain untuk bersatu akan menyukarkan usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, penganalisis juga berpendapat pemimpin tempatan parti pembangkang tempatan di Sabah lemah dan calon yang bakal bertanding pula tidak dikenali pengundi.
Bagaimanapun, parti pembangkang terbabit berpeluang meraih lebih banyak kerusi Parlimen walaupun mereka mungkin tidak dapat mengambil alih kerajaan negeri, kata Dr Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Seorang lagi penganalisis politik, Dr Zaini Othman berkata, prestasi BN di setiap kawasan dan kewibawaan wakil rakyatnya akan mempengaruhi undi di kalangan warga Sabah.
Golongan bumiputera Islam seperti Bajau, Melayu dan subetnik Kedayan membentuk kira-kira 52% daripada pengundi Sabah. Ia diikuti kumpulan masyarakat Kadazan Dusun Murut yang membentuk 28% pengundi, dan juga 13% pengundi Cina.
Satu tinjauan oleh Merdeka Center tahun lalu menyebut, Umno merupakan parti paling disukai berbanding semua parti politik. 50% daripada responden yang ditinjau melihat Umno dengan positif, berbanding 42% yang melihat parti itu dengan negatif.
TMI.
Loading...
0 Response to "[Video HIDUP WARISAN Sabah!] Penganalisis jangka lebih banyak kerusi BN tumbang di Sabah."
Posting Komentar