Loading...

[Video Indonesia tangkap sita kapal mewah Jho Low kes 1MDB] BALA 1MDB DATANG LAGI! Inilah bala 1MDB yang terpaksa ditanggung dengan perasaan malu oleh rakyat Malaysia ketika ini.

Loading...
Khamis, 1 Mac 2018

BALA 1MDB DATANG LAGI!!

Semalam kerajaan Switzerland dilaporkan mahu menuntut wang berjumlah RM400 juta berkaitan 1MDB yang dirampas daripada beberapa bank negara itu berikutan tiada pihak yang menuntutnya.

Wang itu kini disimpan di perbendaharaan Switzerland dan Malaysia barangkali sengaja tidak mahu menuntutnya kerana ingin melindungi Jho Low dan sederetan nama lain yang dikaitkan dengan kecurian dana 1MDB yang keseluruhannya berjumlah hampir RM20 bilion itu.

Jika Malaysia cuba menuntut wang itu sekarang, mereka tidak saja perlu mengemukakan beberapa dokumen bagi tujuan itu, malah mungkin mendedahkan banyak perkara mengenai Jho Low,  lain-lain nama dan urusniaga 1MDB kepada kerajaan Switzerland.

Jadi, jalan selamat bagi Najib Razak dan demi melindungi Jho Low ialah dengan membiarkan RM400 juta itu hangus begitu saja.

Mujur Tun Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan akan segera menuntut wang tersebut sebaik saja memenangi PRU 14 akan datang.

Kata beliau, wang tersebut adalah milik kita dan kita berhak terhadapnya.

Bermakna, dengan mengundi dan memastikan kemenangan Pakatan Harapan akan membantu mengembalikan wang tersebut kepada kantung negara, selain pendurjana 1MDB lebih mudah di bawa ke muka pengadilan, manakala mengekalkan Najib dan BN hanya menyebabkan wang RM400 juta itu terus lesap serta Jho Low dan lain-lainnya akan terus bebas merdeka.
Hari ini pula, Indonesia dengan kerjasama FBI berjaya merampas kapal mewah, Equanimity milik Jho Low yang turut dipercayai dibeli menggunakan wang 1MDB yang diselewengkan.

Kapal berharga RM800 juta itu sudah lama dicari sejak DOJ menyenaraikannya sebagai sebahagian aset yang mahu dirampas. Ia dirampas di perairan Bali setelah perancangan teliti selama lapan hari dilakukan.

Difahamkan juga, kapal tersebut turut digunakan oleh Jho Low untuk bergerak ke mana-mana destinasi, malah juga merupakan "kediaman bergeraknya" sejak skandal 1MDB meletus di beberapa negara dan DOJ memfailkan saman sivil serta jenayah berkaitan syarikat pelaburan itu.

Memang nama Jho Low belum disenaraikan untuk dicari lagi oleh FBI,  tetapi dengan beberapa aset dan kapalnya sudah dirampas, ia tentu saja akan menghadkan pergerakannya selepas ini.

Sebelum ini, jet peribadinya yang dibeli dengan wang 1MDB juga sudah pun disita oleh DOJ.

Dalam diam, keadaan ini bukan saja membuatkan Jho Low yang akan mula akan kepanasan, bahkan ia tentu juga membahang sama ke tubuh empunya badan yang pernah menerima RM2,600 juta melalui akaun peribadi, yang diberikan hadiah barang kemas ratusan juta termasuk "pink diamond" dan yang menerima ratusan juta lagi untuk membeli kondo mewah dan menerbitkan filem di Hollywood.

Inilah bala 1MDB yang terpaksa ditanggung dengan perasaan malu oleh rakyat Malaysia ketika ini.

Sudah pasti bala ini akan terus datang dan menggila, memalukan kita semua, kecuali tampuk kerajaan dapat ditukar dengan segera. (ShahbudinHusin 28/02/2018).

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Indonesia tangkap sita kapal mewah Jho Low kes 1MDB] BALA 1MDB DATANG LAGI! Inilah bala 1MDB yang terpaksa ditanggung dengan perasaan malu oleh rakyat Malaysia ketika ini."

Posting Komentar