Loading...

[Video Jangan cakap pasal riak, takbur. Geli dengar'] CUBAAN MELUMPUHKAN OPERASI INVOKE & Invoke patuhi semua peraturan dan undang2 - Rafizi.

Loading...
Khamis, 29 Mac 2018

Foto Rafizi Ramli.

INVOKE PATUHI SEMUA DAN PERATURAN DAN UNDANG2 - RAFIZI


CUBAAN MELUMPUHKAN OPERASI INVOKE, MENAKUTKAN SUKARELAWAN DAN FITNAH JAHAT NAIB KETUA PEMUDA UMNO DAN TV3

Selasa lalu (27 Mac 2018), Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun semasa berucap di Dewan Negara telah membuat beberapa fitnah jahat terhadap operasi INVOKE, seperti berikut:

1. INVOKE telah melanggar undang-undang kerana menelefon orang ramai untuk membuat kaji selidik

2. INVOKE menerima dana asing untuk meracun pemikiran rakyat Malaysia

3. INVOKE ada hubungan dengan pemimpin Israel melalui badan-badan yang memberi bantuan kewangan kepadanya

Sebahagian ucapan itu telah dijadikan bahan berita oleh TV3 dan disiarkan di dalam berita-berita rangkaian Media Prima, selain dimuatnaik di laman Facebook TV3 sebagai buletin berita, seperti berikut:

https://ift.tt/2pKJ3xl
Ucapan Khairul Azwan Harun itu turut dilaporkan oleh Bernama dan disiarkan di laman-laman berita, seperti laporan Malaysiakini: https://ift.tt/2pJT64J

Semalam (Rabu, 28 Mac 2018), Pemuda Umno telah membuat laporan polis dan kepada pihak berkuasa berkenaan agar INVOKE disiasat, berdasarkan ucapan yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun (rujuk laporan Utusan mengenai laporan polis Pemuda Umno: https://ift.tt/2pNzTjI)

Berikut adalah maklum balas INVOKE mengenai tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno itu dan laporan-laporan media perdana yang dikawal Umno/Barisan Nasional:

i. INVOKE tidak pernah menerima satu sen pun dari mana-mana badan baik dari dalam dan luar negara. INVOKE dibiayai sepenuhnya oleh ribuan rakyat Malaysia yang melanggan khidmat kami atau membeli tiket-tiket/barang kempen yang dijual untuk membiayai operasi INVOKE

ii. INVOKE telah pun menyiarkan secara terperinci senarai pelanggan dan pembeli yang telah menyumbang kepada INVOKE, yang secara jelas menunjukkan ribuan rakyat Malaysia yang membiayai operasi INVOKE
iii. INVOKE telah mematuhi segala peraturan dan undang-undang berhubung operasi kami, seperti mana yang juga diamalkan oleh badan-badan kaji selidik yang lain di Malaysia seperti Merdeka Centre, Centre for Strategic Engagement (CENSE yang diketuai Rita Sim) dan lain-lain

iv. INVOKE tidak pernah ada sebarang hubungan dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan rejim Israel, seperti yang didakwa oleh Khairul Azwan Harun

Saya mencabar Khairul Azwan Harun mengulangi tuduhannya di luar Dewan Negara supaya saya boleh mengambil tindakan saman terhadap beliau dengan segera. 

Sebelum ini, beliau telah pun kalah di mahkamah berkenaan isu pembabitan Pemuda Umno di dalam skandal pembelian hartanah MARA di Australia, apabila mahkamah mengiyakan kenyataan saya yang menunjukkan perkaitan di antara pemimpin Pemuda Umno dengan individu yang terbabit di dalam skandal tersebut. Salah seorang dari individu itu menjadi pemegang saham yang besar di dalam syarikat yang diketuai Khairul Azwan sendiri. 

Oleh kerana beliau hanya berani berucap di bawah perlindungan Dewan Negara, saya telah meminta pasukan peguam saya meneliti ruang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Saya juga telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengkaji mengambil tindakan undang-undang terhadap TV3 yang secara jelas telah memfitnah INVOKE dengan membuat laporan palsu kononnya ia dibiayai badan asing.

Saya percaya serangan ke atas INVOKE adalah satu rancangan tersusun menjelang pilihanraya bertujuan untuk melumpuhkan operasi kami.
Jika INVOKE dituduh melanggar undang-undang kerana menjalankan kaji selidik, bagaimana pula ratusan kaji selidik yang dilakukan oleh Umno untuk mengukur tahap sokongan ke atas calon-calonnya? Saya dimaklumkan sendiri oleh beberapa orang Ahli Parlimen Umno mengenai kaedah yang digunakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang menggunakan kaji selidik melalui telefon untuk mengenal pasti tahap sokongan setiap wakil rakyatnya.

Jika INVOKE ingin disiasat kerana menjalankan kaji selidik, kenapa pula Umno tidak disiasat secara besar-besaran kerana jumlah kaji selidik melalui telefon yang dibuat oleh Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding kaji selidik oleh INVOKE?

Sebab itu, rakyat dapat membaca ini adalah senjata Umno untuk melumpuhkan INVOKE yang kini sudah mempunyai 25,000 orang sukarelawan yang giat dilatih untuk menjadi ejen kira undi bagi calon-calon PH. 

Ugutan ke atas INVOKE adalah untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak terus tampil menjadi sukarelawan kerana Umno bimbang dokongan rakyat yang menjadi sukarelawan INVOKE akan menyukarkan sebarang usaha penipuan pilihanraya.

Oleh itu, saya menggesa seramai mungkin rakyat untuk terus tampil mendaftar menjadi sukarelawan dengan mendaftar di pautan bit.ly/JOMJOININVOKE

Lebih ramai rakyat yang mendaftar menjadi sukarelawan, lebih sukar Umno mengugut untuk melumpuhkan operasi INVOKE.

BAGI PIHAK INVOKE
Rafizi Ramli


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Jangan cakap pasal riak, takbur. Geli dengar'] CUBAAN MELUMPUHKAN OPERASI INVOKE & Invoke patuhi semua peraturan dan undang2 - Rafizi."

Posting Komentar