Loading...
Aku sebenarnya malas nak ulas pasal YB Hanipa, tengahhari tadi lepas Solat Jumaat ada sahabat tanya.. aku kata, aku pun tak tau, tak tengok apa pun..nampak org dok share "Kalau Aku Tuhan..".. buka FB ada sahabt PAS tag aku, FB PAS dok ulas tu lah.. Sampaikan Dr Maza dan Dr Rozaimi pun ulas.. sampai suruh taubat..aku kata, berat dah ni..
Jadi baru 10 minit lepas aku luang masa tengok video Parlimen dari Malaysia-Today, yg aku faham YB Sepang respon provokasi YB Baling dengan pertanyaan kamu Tuhan ker..? jawab Sepang.. "Kalau saya tuhan - nasib baik saya bukan tuhan - kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) tuhan," kata Yb Sepang "..
Bagi aku asasnya disini provokasi.. jawapannya cuba menatijahkan Provokasi Baling.. Bagi aku Sepang tidak mempertikaikan Aqidah.. atau melaknat Baling..
Pandangan Peribadi aku, Penggunanaan, nama Tuhan.. dalam perbahasan, bagi tujuan politik.. pertengkaran, sebaiknya dielakkan, bukan disebabkan ianya menyalahi Aqidah, tetapi kurangnya hikmah.. ia akan terbuka kepada ruang Fitnah..
Dan aku tak nampak, apa2 kesalahan dari sudut Aqidah.. jelas berulangkali YB Hanipa sebut dia bukan tuhan, bagi aku ia sebagai mafhum Mukhalafah.. ada perkataan "Nafi" menidak kan dalam ayat tersebut..
Aku heran kenapa pulak YB Kuala Nerus yg berlatar Belakang agama buat2 tak faham..
Aku heran kenapa pulak YB Kuala Nerus yg berlatar Belakang agama buat2 tak faham..
Ia sama situasinya dengan Permainan Politik yg pernah dihadapi Almarhum Tok Guru Nik Aziz tentang " Tuhan(Allah) Samseng".. hari2 dimainkan di TV dan media UMNO.. apakah ketika itu Almarhum Tok Guru memaksudkan Tuhan Itu Samseng ? bukan kah Tok Guru hanya respon akan " Samseng" nya UMNO pada ketika itu..?
Soal perkataan Kalau atau Jika ini tentang Tuhan selain Allah..bagi aku tidak sepatutnya mengejutkan Kuala nerus yg memahami uslub Quran..
Teringat aku satu ayat Quran.. bagi yg membaca...
لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ...
Sekiranya (kalau) ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.. (Surah Al-Anbiya ayat 22)
Bukankah Allah juga memberikan perumpamaan yg sama, membezakan sifat bagi manusia dan Rabb nya..
Teringat aku lagi.. bagaimana Ostad Kazim yg mempersendakan Almarhum Tok Guru Nik aziz, bila Tok Guru kata, " Nabi Muhammad sebelum jadi Nabi, dia serupo dengan mamat2 di Kampung.. lalu si kazim ini menjaja ke seluruh negara, yang Tok Guru Nik Aziz menghina Nabi, sama kan nabi dgn mamat di kampung, siap dia tambah perisa, mamat2 dikampung masa tu (Masyarakat jahiliyyah) minum arak..
Sedangkan Tok Guru cuba sampaikan, Nabi adalah manusia biasa sebelum datangnya kenabian, datangnya Wahyu..Sebagaimana jelas dalam Firman Allah..
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ..
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini " manusia biasa "seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku.. (Surah Al-Kahfi 110)
Jelas sekali Allah memberitahu kita Nabi itu manusia biasa.. Ini lah masalahnya bila mereka menggunakan sesuatu perkara untuk tujuan Politik.. Yang Jahatnya, jika ia dimainkan oleh orang orang agama..
Yang Dilarang.. yang jelas kita perlu elakkan, adalah mengambil kuasa Tuhan, seperti melaknat Muslim Lain.. apa lagi mempertikai Aqidah mereka..
Jika YB Sepang bermaksud Melaknat, disitulah letaknya kesalahan nya.. Sebagaimana Hadis nabi..
لاَ تَلاَعَنُوْا بِلَعْنَةِ اللهِ وَلاَ بِغَضَبِهِ وَلاَ بِالنَّارِ
"Janganlah kamu saling melaknat dengan laknat Allah, dan jangan pula dengan kemurkaan-Nya, serta jangan pula (saling melaknat) dengan neraka." ..
Apa pun.. aku tidak lah membela YB Sepang, sebab aku juga tak berkenan dengan istilah, perkataan yg tidak baik yang aku selalu dengar ketika berbahas kepada lawan politik.. bertengkar di parlimen, seperti perkataan Bodoh..
Ia tidak sesuai bagi seorang pemimpin yg mambawa Imej Islam dan agama..
Bersikap keras, meninggikan suara bagi aku takda masalah.. tetapi jangan gunakan perkataan2 yang tidak sesuai..
Catatan Petang Jumaat.. ~ Ipohmali
Komen al-Husseyn :
Berikut saya sertakan petikan dari Hansard parlimen berkaitan isu yang diviralkan. Korang rasa, adata YB Hanipa bermaksud dirinya sebagai Tuhan?
Komen al-Husseyn :
Berikut saya sertakan petikan dari Hansard parlimen berkaitan isu yang diviralkan. Korang rasa, adata YB Hanipa bermaksud dirinya sebagai Tuhan?
1) Nasib baik saya tidak jadi Tuhan....Apa pandangan korang tengtang dua ayat YB Hanipa di atas itu?
2) Akan tetapi sebab saya tidak jadi Tuhan...
Loading...
0 Response to "YB Hanipa maidin : Kalau saya tuhan - nasib baik saya bukan tuhan !"
Posting Komentar