Loading...
AIR MATA BUKAN CARA YANG BAIK UNTUK MERAIH SIMPATI, ITU SIKAP PONDAN.
ANAK-ANAK BEKAS PEMIMPIN PAS MEMBUATKAN AYAH MEREKA TIDAK TENTERAM DI DALAM KUBUR.
BIARKAN, BIARKAN !
ANAK AL MARHUM FADHIL NOR, YUSUF RAWA DAN NIK AZIZ MENGHADIAHKAN KEGELISAHAN KEPADA ROH-ROH AYAH MEREKA DI DALAM KUBUR,
TAHNIAH !!!
JIKA BENAR KATA NIK AZIZ SEBAGAIMANA YANG DISEBUT NIK OMAR, MAKA NIK AZIZ MUNGKIN BERFAHAMAN SEKULAR ?
ATAU
ISLAM LIBERAL ???
ATAU NIK AZIZ LEMAH MAKRIFATNYA TERHADAP DASAR PERJUANGAN !!!
DASAR PERJUANGAN PAS ADA PADA DASARNYA BUKAN ADA PADA MANUSIA, DISINILAH KELEMAHAN MANUSIA MENTAFSIR ? DEMIKIAN JUGA NIK AZIZ ?
-Pak Karamu-
Surat terbuka Hadi
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM- "Sepatutnya anak-anak pemimpin Pas tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (Harapan)," demikian kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menerusi satu analogi, Hadi berkata, Harapan yang kini nakhodanya iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya yang menebuk bahtera BN sehingga menjadi bocor, dimasuki air dan juga sangat membahayakan.
"Maka Pas tidak bersama BN dan tidak juga Harapan.
Apa yang menarik bahtera Harapan mengumpulkan kumpulan DAP anti Islam secara terbuka," katanya menerusi satu catatan yang berjudul 'Surat terbuka kepada anak-anak pemimpin meninggalkan perjuangan ayah'.
Tanpa merujuk mana-mana pihak, Hadi bagaimanapun dilihat merujuk kepada tindakan anak Allahyarham Nik Abdul Aziz, iaitu Nik Omar yang baru-baru ini mengejutkan ramai pihak untuk memilih Amanah sekaligus menjadi calon Harapan di Dun Chempaka.
Selain Nik Omar, anak Allahyarham Yusuf Rawa, Presiden Pas yang kelima iaitu Datuk Dr Mujahid bin Hj Yusuf,turut memilh Harapan untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.
Tindakan memilih Harapan juga turut dilakukan oleh anak Allahyarham Presiden Pas yang keenam Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Faiz Fadzil.
Mengulas lanjut perkara ini, Hadi berkata, pemimpin utamanya (Harapan) pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas al-Quran dan tidak yakin kepadak kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.
"Bersama Harapan juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya," katanya.
Jelasnya lagi, kajian politik Harapan mengira di atas kertas dan memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas lapangan rakyat secara terperinci.
"Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya.
"Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang dipijak dan masyarakat yang berbeza," kata Hadi lagi.
Hadi yang akan bertanding di Parlimen Marang seterusnya berkata, mereka jelas tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan mengubah baiah di tempat dan masa berbeza.
"Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan masyarakatnya juga berlainan.
'Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta ini.
"Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya,"
Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak bermaya, kalau kalah ditelan gelombang," katanya.
Loading...
0 Response to "ANAK BUATKAN AYAH-AYAH TIDAK TENTERAN DIDALAM PUSARA"
Posting Komentar