Loading...

BALASAN UNTUK MAHADHIR MULA DIA RASA

Loading...

APABILA MAHADHIR TERHUKUM, MAKA RAKAN DALAM PAKATAN HARAPAN JUGA AKAN TERKENA TEMPIAS.

ADA YANG MERAMALKAM PAKATAN HARAPAN KECUNDANG TERUK KERANA MAHADHIR MUHAMMAD.

PRU KALI INI DAP MENERIMA TAMPARAN YANG PALING TERUK, SEMENTARA PKR MENYESAL TAK SUDAH.

-Pak Karamu-

Tun M terima balasan

AddThis Sharing Buttons

Tun M terima balasan
Tengku Razaleigh bersama jentera Parlimen Machang.
(Ubah saiz teks) 
 
MACHANG - Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima hukum karma apabila perkara buruk yang dilakukan ketika pemerintahannya dahulu kembali kepada dirinya sendiri.


Menurutnya, ketika Tun Mahathir berusaha mengharamkan dan membuat andaian BN akan hancur pada PRU14, parti yang didukungnya, Bersatu dibubarkan pada Khamis lalu.

“Inilah hukum karma buatnya, benda yang dia buat dahulu kini menimpa dirinya sendiri. Dia berusaha haramkan Umno, kini parti dia sendiri haram.

“Dulu dia buang Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi hari ini, dia terima Anwar sebagai bos dan sedia berada di bawah simbol parti PKR,” katanya dalam sidang media selepas Program Amanat Tengku Razaleigh di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sementara itu, Tengku Razaleigh dalam ucapannya menekankan semangat perpaduan, kesetiaan dan menjaga nama baik parti serta diri sendiri dalam kalangan jentera dan calon BN.

Katanya, beliau yakin BN mampu mencapai kejayaan yang lebih besar pada PRU14 ini dengan gelombang yang ditunjukkan rakyat.

“Gelombang telah kuat, kita kena pastikan parti kekal bersatu sehingga saat akhir dan selepas mengundi. Saya percaya lebih banyak kejayaan dapat diperoleh pada masa akan datang," katanya
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BALASAN UNTUK MAHADHIR MULA DIA RASA"

Posting Komentar