Loading...

Buibar RAMD : Najib cakap ikut sedap mulut

Loading...

Jangan cakap ikut sedap mulut RAMD akan dibubarkan oleh DAP. Jika Pakatan Harapan memerintah. 

 Satu perkara yang saya paling tak suka.. membodohkan rakyat dan mainkan sentimen perkauman. 

Contuhnya bila pula DAP akan melupuskan@membubarkan Regiment Askar Melayu Di Raja. Jika DAP menang 146 kerusi pun dia tidak akan melakukan bertambah pula hanya sekadar bawah 50 kerusi dalam Pakatan Harapan.

 Pertama RAMD adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan melalui Perlembagaan dibawah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera ia itu Yang Di Pertuan Agung dengan kawalan Majlis Angkatan Tentera yang di Pengerusikan oleh Menteri Pertahanan. 

Bagaimana pun setiap keputusan hendak diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agung selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera mengikut kuasa Perlembagaan Persekutuan. 

 Kedua ialah RAMD pada asasnya ditubuhkan oleh Raja-Raja Melayu dalam Kerajaan Melayu Bersekutu di zaman penjajah. 

Setiap tindakan dan apa sahaja keputusannya hendaklah dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Dan tidak mungkin Majlis Raja-Raja akan bersetuju RAMD dibubarkan. Melainkan DAP mencadangkan Raja-Raja Melayu dihapuskan dan negara Malaysia menjadi sebuah negara Republik, itu pun tidak mungkin akan berlaku. Kerana akan berlaku perang saudara dan perkauman. 

 Kenyataan ini adalah satu kenyataan hasutan yang boleh menimbulkan huruhara dalam negara dan tidak wajar dijadikan ucapan dan percakapan dan sudah dikira sebagai 'Berita Tidak Benar' 

 Didalam perjanjian tidak bertulis sebelum Merdeka, Kerajaan Perikatan telah bersetuju bahawa bagi bukan Melayu ia itu Pemuda Cina dan India dan lain-lain kaum yang mahu menyertai angkatan tentera, kerajaan menubuhkan satu askar pelbagai kaum gabungan tentera kereta perisai ia itu Regimen Persekutuan dan Pasukan Askar Peninjau kepada nama baru yang dinamakan Kor Peninjau Persekutuan tetapi lebih dikenali dengan nama Askar Peninjau..

 Tetapi hari ini Kor Peninjau sudah dilupuskan lebih awal dengan menukar namanya sebagai Kor Armour Di Raja.

 Masa ketegangan Krisis Perlembagaan tahun 90an.. Ada cadangkan untuk menutup atau membubarkan Askar Timbalan Setia Johor. Akhirnya berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan mendapati adalah tidak boleh dilakukan samada oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri membubarkan Askar Timbalan Setia Johor.. kerana setiap Perjanjian dan perbuatan yang telah berlaku sebelum hari Merdeka adalah tidak boleh dipinda. 

Maka berhati-hatilah mengeluarkan percakapan dan 'gossip politik' yang tidak berasas dan menyakitkan hati orang lain, saperti mana kenyataan-kenyataan hari ini bahawa jika DAP berkuasa RAMD akan dibubarkan.. Satu percakapan tak masuk akal dan tidak mungkin boleh dilakukan masa terdekat, tidak tahulah pada tahun TN50. 

Zaharin Mohd Yasin 
Sri Permaisuri 
Mar 31, 2018. ~  sumber

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Buibar RAMD : Najib cakap ikut sedap mulut"

Posting Komentar