Loading...
Tidak lengkap dan berjaya sesuatu majlis tanpa katering yang bagus dan enak, nak nak untuk majlis besar seperti majlis resepsi dan sebagainya. Bagi mereka yang menetap dan berada di Nilai, Negeri Sembilan, korang cukup bertuah kerana dekat dengan lokasi UBE Banquet Hall D’Nilai 3. Mudah untuk melansungkan sesuatu majlis dan yang paling penting ianya dipercayai dan popular dengan service kateringnya.
Syarikat katering ini telah ditubuhkan pada tahun 1998, ini bermakna perkhidmatan mereka dipercayai telah hampir 20 tahun dalam industri penyediaan makanan ataupun katering di Malaysia ini. Ini membuktikan bahawa mereka mampu memberikan yang terbaik untuk majlis anda.
Sebelum ini, mereka hanya mempromosikan perkhidmatan katering mereka melalui bekas pelanggan mereka sahaja iaitu melalui mulut ke mulut. Memberikan perkhidmatan yang terbaik mampu menarik balik pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka untuk service seterusnya.
Apa yang menariknya, menu makanan yang ditawarkan adalah mendapat pengesahan HALAL dari pihak JAKIM. Mereka juga mempunyai lebih dari 50 jenis menu HALAL yang boleh dipilih mengikut kehendak pelanggan mereka.
Berikut merupakan beberapa menu popular majlis perkahwinan dari mereka yang sempat saya rasa sendiri pada minggu lepas.
Nasi Beriani |
Daging Rendang Minang |
Dalca Sayur |
Acar Timun |
Apa yang boleh saya katakan, semua makanannya cukup sedap dan tidak hairanlah kalau service katering mereka cukup popular.
Selain dari menawarkan perkhidmatan katering, mereka juga mempunyai pakej termasuk banquet hall. Banquet Hall yang cukup besar yang dikatakan mampu memuatkan sehingga 6000 pax dalam satu-satu masa.
Dewan ini bukan sahaja sesuai untuk majlis resepsi, ianya juga boleh digunakan untuk pelbagai majlis lain seperti pertunangan, pernikahan, aqiqah, graduasi, seminar, makan malam, majlis reunion dan lain-lain.
Ruangan yang cukup luas dan berhawa dingin ini boleh ditempah mengikut tema yang anda mahukan. Yang menariknya, bulan Januari hingga April 2018, mereka menawarkan promosi yang hanya bermula RM19.90 sahaja untuk satu pax.
Apa yang boleh saya katakan, dewan ini dilengkapi cukup dengan kemudahan-kemudahan asas seperti ruangan parking, ruangan solat, tandas, bilik VIP dan banyak lagi
Bagi tempahan bersama dewan ini, terdapat 2 pakej yang anda boleh pilih iaitu pakej Sri Tanjung dan pakej Sri Kekwa. Bagi Sri Tanjung, pakej bermula dari RM19.90 per pax manakala Sri Kekwa RM23.50 per pax. Setiap pakej menyediakan pelbagai pilihan menarik untuk anda pilih. Hubungi pihak UBE Catering Services untuk keterangan lanjut sekarang.
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.
UBE Banquet Hall D’Nilai 3
Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Email
ubebanquethall@gmail.com
Nombor Telefon
010 – 5870000
Facebook
Instagram
Loading...
0 Response to "KATERING DAN DEWAN KAWIN TERBAIK DI NILAI NEGERI SEMBILAN"
Posting Komentar