Loading...
Panglima ATM seru tentera, polis setia kepada kerajaan
ANGKATAN TENTERA HENDAK LAH TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA DAN PATUH PADA PEMIMPIN YANG YANG ADIL.
Awal mula pertama mula, saya ingin membawa kita bersama2 merebut Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara ini merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang menjadi ideologi nasional yang perlu kita ikuti. Prinsip ini juga memberi penekannan Yang lebih kepada Angkatan Tentera Malaysia betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada di kalangan Panglima2, pemerintah2, pemimpin2, Ketua2 Dan anggota2 Tentera terhadap Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Raja2 Melayu dan kesetiaan mereka kepada Negara.
Dalam konteks Angkatan Tentera Malaysia, setiap anggota hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan di Dalam Perlembagaan Malaysia telah meletakkann Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Dalam Perkara 41 perlembagaan persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa Yang Dipertuan Agong hendaklah menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Oleh yang demikian hendaklah menjadi tanggung jawab setiap orang yang menjadi Anggota Tentera Malaysia untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Manakala, di peringkat negeri pula, Angkatan Tentera dikehendaki juga menumpukan taat setia kepada Raja / Sultan yang memerintah negeri tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keujudan Angkatan Tentera Malaysia bermula seawal2 dari tahun 1920an di mana beberapa Duli Duli Yang Maha mulia sultan Melayu telah mohon daripada penjajah British untuk mengujudkan anggota Tentera dari anak2 tempatan. Pada tahun 1933 maka ujudlah sebuah pasukan tempatan Yang di gelar Rejimen Askar Melayu.
Sistem beraja yang terdapat di Malaysia pada hari ini merupakan satu Institusi amat penting dan telah berevolusi mengikut peredaran zaman sejak Angkatan Tentera kesultanan Melayu Melaka dan memainkan peranan yang besar dalam kepalawanan, kepercayaan dan taat setia Angkatan Tentera Malaysia.
Tan Seri-Tan Seri, Dato' Sri - Dato'Sri, Dato'- Dato', Tuan-Tuan, Dan Puan-puan Perajurit tanah tumpah darah Ku sekalian.
Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem kententeraan di kawasan Nusantara ini sejak berabad lamanya. Sebelum era Imperialisme Penjajahan Kapatalis Barat ke kawasan ini, Institusi Raja berperanan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara berkonsepkan kuasa mutlak. Kuasa Raja ini datang nya kerana ketaatan Angkatan Tentera yang tidak bberbelah bagi terhadap Baginda.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan, pada 5hb Ogos tahun 1957, Raja2 Melayu telah membuat 7 wasiat Raja2 Melayu. Wasiat nombor tiga berbunyi:
"Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara."
Peranan Institusi Raja setelah merdeka telah pun digariskan dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Raja yang asalnya berkuasa mutlak sebelum era penjajahan telah berevolusi kepada Raja Berperlembagaan setelah pembentukan Negara Malaysia.
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia.
Semasa menjalankan tugasnya, baginda boleh bertindak sendirian dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Oleh kerana Yang dipertuan Agong adalah Panglima tertinggi Angkatan Tentera menurut perkara 41 Perlembagaan Persekutuan, Angkatan Tentera juga tertakluk kepada had-had kuasa Yang ada pada Yang Di Pertuan Agong. Perkara 137(1) adalah jelas bahawa segala hal hal Pemerintahan, Disiplin dan Pentadbiran ATM hendaklah mendapat kelulusan Yang Di Pertuan Agong terlebih dahulu.
Bagi urusan operasi ATM hendaklah Di laksanankan oleh Jawatan Kuasa Panglima2 ATM Dan Panglima tertinggi nya Tetap juga terletak di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Tan Seri-Tan Seri, Dato' Sri - Dato'Sri, Dato'- Dato', Tuan-Tuan, Dan Puan-puan Perajurit tanah tumpah darah Ku sekalian.
Dalam Perlembagaan telah diperuntukkan 3 institusi berkaitan Raja iaitu Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja/Sultan di negeri masing-masing diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pula adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Selain itu, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen dan berperanan melantik Perdana Menteri. Peranan yang sama turut dimainkan diperingkat negeri oleh Raja/Sultan di negeri-negeri tersebut.
Dalam aspek pertahanan negara pula, Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
Ini merupakan peranan Raja iaitu Yang di-Pertuan Agong yang sah dan telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan dari sudut perundangan dalam konteks negara moden Malaysia pada hari ini. Raja pemerintah adalah payung kedaulatan negara dan baginda wajib memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum dan agama.
Tahta pemerintahan iaitu Raja/Sultan berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan dan instrumen kesatuan dalam kepelbagaian yang wujud.
Tan Seri-Tan Seri, Dato' Sri - Dato'Sri, Dato'- Dato', Tuan-Tuan, Dan Puan-puan Perajurit tanah tumpah darah Ku sekalian.
Institusi Raja pada setiap ketika hendaklah bersifat apolitical dan tidak boleh bersifat partisan. Malah wajib mencuar tinggi di atas segala polemik politik kepartian dan berperanan sebagai penimbang tara untuk mendamaikan sebarang persengketaan yang wujud.
Takhta/ Institusi Raja perlu bertenaga, bersifat dinamik lagi meyakinkan, memenuhi peranan sebagai payung penyatuan dalam landskap politik pada masa kini yang semakin memperlihatkan unsur-unsur perpecahan. Perpecahan ini jika tidak dikawal boleh mengancam keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara kita.
Oleh kerana ATM adalah bertanggonjawab kepada Yang Di Pertuan Agong, ATM seharusnya menjadi harapan dan tempat berlindung kepada masyarakat terutamanya masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia untuk bersatu-padu dalam sebuah komuniti yang saling perlu memerlukan.
Setiap anggota tentera harus faham bahawa tahta Yang Di Pertuan Agong Dan Raja2 Melayu bukan sekadar ornamen hiasan kerana pemerintahan berpaksikan raja termaktub secara perundangan dalam Perlembagaan Negara.
Sepuluh peratus atau 19 daripada 183 Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan raja kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan berkonsepkan Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini bermakna negara kita telah memperuntukkan secara perundangan peranan dan tanggungjawab tertentu kepada raja pemerintah.
Kedaulatan Institusi Raja adalah satu pelanjutan adat serta kesinambungan sejarah budaya yang masih kekal berlangsung dan harus dipertahankan terutamanya oleh ATM dalam era modenisasi sekarang.
Anggota2 tentera yang berugama Islam harus akui bahawa Raja juga merupakan Khalifah di muka Bumi ini dan kuasanya bersandarkan hukum syarak.
Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf dan menyempurnakan tanggung jawab kepada begitu juga panglima2 ATM yang di tauliahkan dan Di lantik oleh Baginda dari masa kesemasa. Kuasa Raja tidak boleh dipertikaikan selagi tidak memperlihatkan sifat menyeleweng dan selagi Raja tersebut mematuhi hukum yang telah termaktub.
Era kegemilangan sesuatu pemerintahan tercipta apabila adanya budaya hormat menghormati. Pemimpin menghormati ulama dan menghargai ilmuwan yang berani menyuarakan yang hak dan tegas menentang kebatilan.
Dan begitulah seterusnya adanya perasaan hormat antara pelbagai latar masyarakat. Jika berlaku kezaliman dan ketidakadilan diantara pemimpin masyarakat, ATM hendaklah juga bersifat apolitical dan tidak boleh bersifat partisan.
Selain dari peranan peperangan Dan operasi kententeraan, ATM merupakan unsur penting bagi kedaulatan Raja2 dan sebagai penyatuan anggota masyarakat yang berbilang kaum/etnik di Malaysia supaya membolehkan mereka bergerak ke arah perpaduan nasional.
Adalah diingatkan supaya ATM tidak membenarkan pemimpin Rakyat atau pemimpin Parti politik merosakkan Institusi Raja2 Melayu ini kerana ia merupakan payung negara, pelindung agama Islam serta adat Melayu dan memberi naungan secara saksama kepada setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum serta agama.
"Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, Jangan hanya dicari pabila panas terlalu terik atau ketika hujan, ibarat memberi teduh di kala panas dan menangkis air di kala hujan”. Peranan ATM untuk menjaga payung ini adalah relavan pada setiap masa dan tidak terhad ketika hanya diperlukan.
Tan Seri-Tan Seri, Dato' Sri - Dato'Sri, Dato'- Dato', Tuan-Tuan, Dan Puan-puan Perajurit tanah tumpah darah Ku sekalian. Akhir sekali saya ingin mempertingkatkan mengenai maksud "APOLITICAL" dan "NON PARTISAN" menurut beberapa Kamus berbahasa inggeris:
1. Maksud Apolitical
a. MERRIAM-WEBSTER DICTIONARY: having no interest or involvement in political affairs; also: having an aversion to politics or political affairs; having no political significance.
b. CAMBRIDGE ADVANCED LEARNERS' DICTIONARY: Not interested in or connected with politics, or not connected to any political party
c. OXFORD DICTIONARY: Not interested or involved in politics.
d. COLLINS ENGLISH DICTIONARY: Politically neutral; without political attitudes, content, or bias.
2. Maksud Non Partisan.
a. MERRIAM-WEBSTER DICTIONARY: free from party affiliation, bias, or designation / non partisan ballot / a nonpartisan board.
b. CAMBRIDGE ADVANCED LEARNERS' DICTIONARY: not a member of or connected with a group or political party: a non-partisan organization/ voter/watchdog group
c. OXFORD DICTIONARY: Not biased or partisan, especially towards any particular political group. ‘senior civil servants are non-partisan and serve ministers loyally irrespective of politics’
d. COLLINS ENGLISH DICTIONARY: A person or group that is non-partisan does not support or help a particular political party or group.
Dari pengertian di atas, saya harap ATM adalah benar2 taat setia kepada Raja dan Negara dan sentiasa bersikap/bersifat apolitical dan tidak boleh bersifat partisan. Sebagai seorang Islam, in adalah satu amanah yang harus junjung dan Akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Sebagai seorang anggota tentera, Tan Seri-Tan Seri, Dato' Sri - Dato'Sri, Dato'- Dato', Tuan-Tuan, Dan Puan-Puan juga adalah rakyat malaysia yang berhak untuk memilih pemimpin masyarakat Di dalam pilihanraya umun.
Anggota Tentera harus berani mengundi dengan Adil dan undi itu adalah rahsia. Panglima2 Dan pemerintah2 Tentera mesti memastikan setia anggota mengundi Dan memberi meyakinkan kepada mereka bahawa mereka bebas untuk memilih sesiapa sahaja untuk menjadi wakil Rakyat Di Parliamen dan DUN.
Panglima2 dan Pemerintah Tentera mesti memastikan bahawa semua kertas undi itu rahsia dan peti undi harus diserah kepada mereka Yang bertanggonjawab dengan selamat dan tidak ada penyelewengan belaku. Ini adalah salah Satu tanggongjawab setiap individu Anggota Tentera terhadap negara.
Sekian, wabillahi Taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarohkatuh.
Mej Mior Rosli TUDM Bersara
1.4.2018 ~ sumber
Loading...
0 Response to "KENYATAAN TERBUKA KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT) DAN SELURUH PEGAWAI2 DAN ANGGOTA2 TENTERA MALAYSIA. MALAYSIA"
Posting Komentar