Loading...

Mahathir Patut Jadi Doktor Klinik 1Malaysia Dakwa PAS

Loading...
Di mata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tun Dr Mahathir lebih sesuai berkhidmat di Klinik 1Malaysia berbanding menyertai pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Berucap di majlis merasmikan sebatang titi di Juru, Pulau Pinang presiden PAS itu berkata beliau bersimpati kepada bekas perdana menteri itu kerana masih terbabit dalam politik ketika berusia lebih 90 tahun.

Kata Abdul Hadi sebagai seorang warga emas Dr Mahathir masih gemar "bercakap" dalam semua hal dan mendakwa ia termasuk dalam bab agama.

"Dia ni dia nak cakap belaka. Agama nak bercakap, politik nak bercakap. Bab agama - Quran (dia) tak boleh terima semua, hadis tak boleh pakai, macam-macam," katanya.

Justeru kata Abdul Hadi PAS menganggap Dr Mahathir sebagai orang tua yang "perlu diilmukan".

"Patutnya dia - seorang doktor - kerja di Klinik 1Malaysia bagi rawatan percuma, buat kebajikan.

"Ini, suruh bertanding (dalam PRU), kesian dia," katanya dengan nada ketawa.

Ucapan itu disiarkan secara langsung di Facebook Abdul Hadi.

Menyedari Dr Mahathir diletakkan menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Langkawi, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membiarkan ia berlalu begitu saja.

Katanya PAS akan melawan Dr Mahathir - serta BN - bagi kerusi berkenaan dengan meletakkan calon yang "bertenaga" dan kuat bagi mewakili parti itu atau Gagasan Sejahtera.

Malam tadi Malaysiakini melaporkan HARAPAN mempertaruhkan Dr Mahathir di kerusi Langkawi dalam usaha mereka mengetepikan BN dari Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat Presiden HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Guna bidalan jelaskan keadaan

Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri HARAPAN jika gabungan itu berjaya memperoleh majoriti kerusi Dewan Rakyat pada PRU ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei ini.

Pada masa sama PAS sangat yakin mereka mampu membentuk kerajaan pusat dan sudah mengesahkan mereka bakal meletakkan calon di 150 kerusiparlimen kali ini.

Pengumuman itu dibuat ketika PAS dilihat terus lunak terhadap Umno dan lebih banyak menyerang HARAPAN. 

Namun pada masa sama PAS menegaskan mereka masih parti pembangkang cuma beramal dengan dasar matang dan sejahtera. - malaysiakini








Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahathir Patut Jadi Doktor Klinik 1Malaysia Dakwa PAS"

Posting Komentar