Loading...
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menafikan dakwaan calon Barisan Nasional (BN) Muar Datuk Seri Razali Ibrahim bahawa DAP mahu “kuburkan” MCA dan menjadi punca masyarakat Cina tidak bersatu hari ini.
Liew berkata DAP hanya bergabung dengan parti pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan kerajaan BN.
“Kami bukan nak kuburkan MCA. Kami bersama dalam rakan-rakan PH nak turunkan BN dan naikkan kerajaan PH.
“MCA dan Umno tidak faham peranan pembangkang. Kami (PH) faham peranan pembangkang. Tetapi kami dah bosan jadi pembangkang,” katanya dalam sidang media selepas melakukan “walkabout” di pasar tani Parit Raja.
Semalam, Razali berkata DAP menjadi punca masyarakat Cina bergaduh antara satu sama lain dan berkata akan menghapuskan MCA.
Razali berkata disebabkan itu DAP menghantar calon kuatnya, Liew di Ayar Hitam untuk menumbangkan MCA.
Liew berkata MCA boleh tunggu untuk mengantikan PH kembali jika rakyat menolak gabungan pembangkang ini.
Bagaimanapun, beliau berkata di Selangor dan Pulau Pinang, rakyat selesa tanpa Umno dan MCA.
“MCA jadi pembangkang dan dia boleh tunggu. Kalau rakyat tak suka kerajaan PH selepas tukar, dia boleh datang balik.
“Sebenarnya MCA dan Umno tidak tahu jadi pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor,” katanya.
Sementara itu, calon PPBM DUN Semarang, Zais Mohd Akil berkata isu MCA dan DAP itu isu lapuk dan lama.
Beliau berkata isu itu hanya dimainkan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti tersebut.
“Kita sekarang sepatutnya bukan memperjuangkan isu perkauman. Kita sekarang sepatutnya bukan perjuangkan isu MIC, MCA dan lain-lain. Kita patut perjuangkan isu rakyat.
“Sehingga DAP sanggup bersatu dan tidak gunakan logo dia dan guna logo PKR. Semata-mata untuk bersatu tumbangkan BN. Itu kami tentang. Saya harap Razali jangan sembunyikan isu rakyat. Fokus apa yang kami tentang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Liew juga mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukaka surat yang mengatakan papan iklan PH yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Wee Ka Siong adalah salah.
Katanya, PH menaikkan semula papan iklan itu disebabkan mereka telah membuang gambar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Papan tanda itu kami naikkan semula sebab kami sudah potong gambar Rosmah. Sila tunjukkan bukti mana ada pengaruh negatif.
“Kita cuma mahu sampaikan mesej mudah. Satu undi kepada Wee bersamaan satu undi kepada Najib. Dia (BN) orang takut sebab bos dia orang sudah tidak laku,” katanya.
Berdasarkan tinjauan FMT, papan tanda itu dinaikkan semula selepas SPR menurunkannya semalam.
Liew juga enggan mengemukakan bukti yang mengatakan BN dibiayai jutaan ringgit dalam kempen pilihan raya kali ini.
Beliau berkata tidak perlu kemukakan bukti tetapi mahu dedahkan kepada umum.
“Saya ada bukti tetapi tidak perlu tunjuk sebab, boleh jadi mereka tidak jadi lakukan selepas kami (PH) dedah. Tetapi saya ada maklumat mereka sudah sedia melakukannya,” katanya. - free malaysia today
Iklan
Loading...
0 Response to "MCA Bakal Dikuburkan Dakwa MP BN?"
Posting Komentar