Loading...

PENGALAMAN RAWATAN PEMULIHAN RAMBUT : PRP HAIR SCALP 头皮护理 DI PREMIER CLINIC

Loading...
Tidak semua lelaki sesuai dengan imej tidak berambut walaupun botak itu "cool". Ada setengah dari kaum lelaki menganggap rambut mereka sebagai mahkota yang berharga. *begitu juga dengan saya. Bila masalah keguguran rambut timbul, itu sudah semestinya menjadi suatu hal yang cukup menakutkan saya.

Bila rambut mula hilang sedikit-demi sedikit, apa yang saya boleh katakan adalah hanya mampu mencari bagaimana cara untuk menanganinya. Malah, sekadar menangani masalah ini dari terus berlaku tidak cukup kecuali kita mampu untuk mencari penyelesaian untuk merawat dan melebatkan rambut kita kembali.

1.0 PREMIER CLINIC

Atas cadangan beberapa orang sahabat, saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) Hair Sculp di Premier Clinic yang berada di Megan Avenue 1, Kuala Lumpur. Rawatan ini dikatakan dapat membantu meransang pertumbuhan rambut baru bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan rambut dan rambut gugur seperti saya.


Untuk pengetahuan korang, Premier Clinic ini ada menyediakan pelbagai jenis prosedur estetik tanpa pembedahan dan rawatan laser canggih. Apa yang menyakinkan saya lagi, Premier Clinic merupakan antara 3 klinik kecantikan estetik yang terkemuka di Malaysia.

  1.1 Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma)

PRP merupakan salah satu rawatan untuk kecantikan yang semakin 'trending' dan dikatakan sangat berkesan. Rawatan ini amat selamat kerana ianya melibatkan proses yang menggunakan darah kita sendiri untuk rawatan. Apa yang pasti, ianya bebas dari bahan kimia atau sebarang bahan campuran terlarang selain daripada sel darah (platelet) yang diambil dari badan kita sendiri. Rawatan tanpa pembedahan ini turut popular di Hollywood dengan panggilan srawatan terapi 'Vampire Facelift'.

  1.1.1 Proses Rawatan PRP

Untuk rawatan PRP Hair Scalp yang saya buat, saya telah menerima konsultasi dan rawatan dari Dr. Foo Wing Jian. Dr. Foo telah mengenalpasti permasaalahan yang telah saya hadapi dan menerangkan tentang rawatan yang bakal akan dilakukan olehnya keatas saya.



Memandangkan masalah rambut saya tidak terlalu teruk dan hanya berlaku pada bahagian yang tidak menyeluruh, Dr. Foo menyakinkan saya bahawa proses rawatan yang bakal dilakukan tidak akan terlalu lama, dan tidak terlalu menyakitkan.


Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 langkah asas dalam rawatan PRP iaitu pengambilan darahpengasingan plasma darah bagi mendapatkan platelet-rich plasma dan proses suntikan PRP ke kulit kepala.

    1.1.1.1 Proses Pengambilan Darah

Terapi PRP dimulai dengan mengambil darah sebanyak 10-40cc dari pembuluh darah di lengan, lalu darah tersebut dimasukkan tabung steril dan di proses untuk mendapatkan Growth Factor yang terbaik.


Prosedur ini merupakan prosedur pengambilan darah yang kebiasaan orang lakukan untuk medical check up. Bagi saya ia tidaklah terlalu menyakitkan, cuma sakitnya seperti digigit semut sahaja.

    1.1.1.2 Pengasingan PRP Dari Darah

Selepas itu, darah akan diproses menggunakan mesin centrifuge khas bagi mendapatkan platelet rich plasma.
Tube yang berisi darah yang telah diambil dimasukkan pada centrifuge dan diputar selama beberapa saat dengan kecepatan dan waktu tertentu untuk memisahkan komponen plasma dari darah.

Seperti kita sedia maklum, tubuh badan kita mempunyai keupayaan untuk penyembuhan sendiri. Jika tubuh badan kita luka, platelet darah akan bertindak sebagai penutup luka dalam mekanisme pembekuan darah. Begitulah fungsi tugas platelet untuk proses pembaikan tisu.


Platelet Rich Plasma yang diekstrak dalam konsentrasi yang tinggi di atas paras normal ini, digunakan untuk menyembuhkan dan memperbaiki tisu dengan lebih efisien bila disuntik terus terus ke bahagian yang ingin dirawat. Platelet tersebut merupakan protein yang mempunyai faktor pertumbuhan (growth factors) bagi menyokong pertumbuhan sel kulit baru dan meningkatkan penghasilan kolagen.

    1.1.1.3 Suntikan PRP Pada Kulit Kepala

Setelah PRP siap, doktor akan mulai menyuntikkan PRP di antara folikel yang bermasalah dengan kedalaman tertentu. Untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses suntikan, nurse akan menghidupkan vibrator dan meletakkannya di kawasan berdekatan dengan lokasi suntikan untuk mengurangkan rasa sakit akibat dari suntikan. 


Saya perlu fokus kepada vibrator tersebut bagi mengurangkan sakit terhadap suntikan. Tipu kalau saya kata ianya tidak sakit, tapi ianya boleh dikurangkan jika kita betul-betul ikut nasihat doktor.

    1.1.1.4 LED Phototherapy 

Setelah siap semua proses suntikan PRP, proses terakhir adalah menggunakan LED Phototherapy bagi mengurangkan kesan bengkak, wound healing serta mengurangkan kesan kesakitan. Lampu dalam bilik rawatan akan ditutup dan proses mengambil masa dalam 15 minit.


Keseluruhan proses rawatan PRP ini mengambil masa 2 jam, bergantung kepada proses PRP yang dijalankan terhadap seseorang pesakit.


Kesan optimum boleh dilihat setelah beberapa minggu dan kesannya juga berbeza terhadap individu. Korang juga dinasihatkan untuk membuat rawatan ini beberapa kali untuk kesan yang lebih baik.

  1.2 DISKAUN HARGA RAWATAN

Kepada pembaca blog saya atau sesiapa sahaja kenalan korang yang mahu dapatkan rawatan di mana-mana cawangan Primier Clinic, bolehlah gunakan nama saya "MawardiYunus" sebagai kod untuk dapatkan tawaran istimewa untuk rawatan.


code : MAWARDIYUNUS

  1.3 LOKASI PREMIER CLINIC

Untuk dapatkan khidmat rawatan PRP atau rawatan lain di Premier Clinic, korang bolehlah terus ke cawangan-cawangan mereka seperti di bawah ini:

TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre 

BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall

PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant 

KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PENGALAMAN RAWATAN PEMULIHAN RAMBUT : PRP HAIR SCALP 头皮护理 DI PREMIER CLINIC"

Posting Komentar