KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Dun Tendong di Kelantan pada PRU14.
Katanya keputusan itu dibuat selepas meneliti perkembangan politik di negeri tersebut selain memenuhi kehendak pengundi di Pasir Mas yang mahukan beliau bertanding di situ.
“Di Kelantan saingan cuma antara BN dan PAS tetapi saya lihat macam perlawanan diatur, macam perlawanan persahabatan. Jadi saya rasa bertanding calon Bebas lebih berpeluang untuk menang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Pasir Mas boleh dianggap kerusi tradisi Ibrahim yang bertanding di situ pada PRU 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013 atas beberapa tiket parti termasuk Bebas.
Ibrahim memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU 1986, Semangat 46 pada PRU 1990 dan tiket PAS pada PRU 2008.
Beliau tewas di kerusi tersebut ketika bertanding atas tiket BN pada PRU 1995 dan 1999 dan sebagai calon Bebas pada PRU 2004 dan 2013.
Sementara itu, Ibrahim berkata pucuk pimpinan Perkasa akan bermesyuarat bagi membincangkan pendirian pertubuhan tersebut berhubung sokongan terhadap mana-mana parti politik atau menyokongnya sebagai calon Bebas pada PRU14. - Bernama
Related Posts :
[Video DEWAN TEGANG! Isytihar Harta MP Umno Pas Tak Berani & Skandal RM90 joterr Bergegar Di Parlimen?] Alahai Bosskau Najib Kleptokrasi..Siapa kata nak jual MAS? Tun M sebut pun! Siapa yang kamu cuba tipu sebenarnya?Rabu, 13 Mac 2019
Kelab Che Det
Siapa kata nak jual MAS? Cuba baca atau dengar betul-betul apa yang Tun M sebut.
Tun M sebut.. "i… Read More...
[Video Umno-Pas, PENYATUAN UMMAH ATAU PERPECAHAN MELAYU?] Meskipun Menteri Yeo Bee Yin baru kahwin tetapi Bee Yin bertindak pantas, suspek pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim esok.Rabu, 13 Mac 2019
Jom Channel
Setelah sekian lama terjalinnya ‘hubungan sulit’ di antara UMNO dan PAS sejak 2015, akhirnya Dato' Seri Moham… Read More...
[Video MENGAPA PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK TABAYYUN?] Isu Pencemaran Sisa Kimia, 34 SEKOLAH DIARAH TUTUP SERTA MERTA - Dr Maszlee MalikRabu, 13 Mac 2019
Ameno World
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA
ISU PENCEMARAN SISA KIMIA DI PASIR GUDANG – 34 SEKOLAH DIARAH TUTUP SER… Read More...
[Video Video ugutan simbah asid Mujahid, NGO lapor polis] Pembuangan sisa2 toksid di Sg Kimkim..Peristiwa Pencemaran Udara di Pasir Gudang mencemaskan rakyat!Rabu, 13 Mac 2019
KiniTV
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat berhubung satu vide… Read More...
[Video Dewan Rakyat Panas, Pasir Salak 'Samseng' & MP UmnoPas Mengamuk Kpd Speaker Nga Kor Ming] 'Pencetus perkauman dan pergaduhan' PEKIDA Terlajak Bodoh? Najib berkata: 'Minta bicara' Ooh, minta bicara yang kau dok mintak tangguh je kenapa?Rabu, 13 Mac 2019
Fuhhh...Geng PEKIDA dah seru tu...🤣🤣. Orang rasis kalau dalam FB memang acah2 samseng eh?
Otai BERSIH
Kami Viral
Tang… Read More...
0 Response to "Perlawanan BN-PAS Macam Perlawanan DIATUR, PERSAHABATAN - Ibrahim Ali"
Posting Komentar