Loading...
Bubar RAMD: Najib sebar berita palsu, kata PKR
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebarkan "berita palsu" apabila mengatakan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mungkin akan dibubar jika salah memilih kerajaan, kata Anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.
Sim berkata sebaliknya HARAPAN dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mereka berjanji akan meningkatkan kebajikan kepada anggota dan bekas tentera.
"PM kata Pakatan Harapan akan hapuskan RAMD itu #BeritaPalsu bermotif politik," katanya dalam catatan di Facebook.
Najib pada majlis makan malam bersama anggota polis dan tentera Jumaat lalu berkata RAMD mungkin dibubarkan jika kerajaan yang mengamalkan konsep Malaysian Malaysia dipilih.
Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana parti, beliau secara jelas merujuk kepada DAP.
Sim berkata beliau pernah menjadi Leftenan Muda Askar Wataniah bertauliah dan sepanjang latihan dilatih untuk menyatakan taat setia kepada raja dan negara.
"Kesetiaan kepada PM dan kerajaan tidak termasuk dalam latihan," katanya dipercayai mengulas ucapan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada majlis tersebut.
HARAPAN akan pertahankan RAMD
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menyamakan kenyataan Najib seperti "berita palsu" dan menegaskan HARAPAN akan mempertahankan kewujudan RAMD.
"Tidak syak lagi kerajaan tidak boleh bertindak secara tidak adil dalam undang antiberita palsu. Rakyat Malaysia tiada pilihan kecuali menolak rang undang-undang ini secara keseluruhannya," tambah beliau merujuk kepada Rang Undang-Undang Antiberita Palsu 2018 yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Nurul berkata PKR mempunyai rekod dalam memperjuangkan hak lebih 450,000 veteran tentera di seluruh negara.
"Ahli-ahli parlimen kami telah menyampaikan kekecewaan para pesara tentera terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera kerana agihan imbuhan dan dividen yang tidak mencukupi kepada mereka," katanya.
Nurul juga menegaskan PKR telah mencalonkan Laksamana Pertama (B) Datuk Mohamad Imran Abdul Hamid dalam pilihan raya lepas sebagai pengiktirafan terhadap jasa bekas pegawai tentera.
Terdahulu hari ini, kumpulan veteran tentera, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata adalah "mustahil" bagi mana-mana pihak untuk membubarkan RAMD kerana rejimen itu dilindungi perlembagaan dan sejarahnya yang panjang.
Bubar RAMD: Ahli Umno juga tempelak Najib
Zaharin dakwa kenyataan Najib itu membodohkan rakyat dan mainkan sentimen perkauman.
Kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) akan dibubarkan jika DAP memerintah bukan saja ditempelak oleh bekas pegawai RAMD bahkan juga ahli Umno.
Zaharin Mohd Yasin, ahli Umno dari Bandar Tun Razak menyifatkan kenyataan itu sebagai “membodohkan rakyat dan mainkan sentimen perkauman”.
“Jangan cakap ikut sedap mulut RAMD akan dibubarkan oleh DAP. Jika Pakatan Harapan memerintah.
“Satu perkara yang saya paling tak suka.. membodohkan rakyat dan mainkan sentimen perkauman. Contohnya bila pula DAP akan melupuskan@membubarkan Regiment Askar Melayu Di Raja,” tulis Zaharin dalam Facebook beliau yang mendapat sambutan luar biasa dari para pengguna laman sosial itu.
Menurut Zaharin, jika DAP menang 146 kerusi pun dia tidak akan melakukan bertambah pula hanya sekadar bawah 50 kerusi dalam Pakatan Harapan.
“Pertama RAMD adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan melalui Perlembagaan dibawah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera ia itu Yang Di Pertuan Agung dengan kawalan Majlis Angkatan Tentera yang di Pengerusikan oleh Menteri Pertahanan.
“Bagaimana pun setiap keputusan hendak diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agung selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera mengikut kuasa Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Kedua ialah, katanya, RAMD pada asasnya ditubuhkan oleh Raja-Raja Melayu dalam Kerajaan Melayu Bersekutu di zaman penjajah.
Setiap tindakan dan apa sahaja keputusannya hendaklah dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Dan tidak mungkin Majlis Raja-Raja akan bersetuju RAMD dibubarkan, katanya.
MD.
Loading...
0 Response to "[Video PARLIMEN 2018: Parit Buntar Amanah vs Kuala Nerus Pas] Bubar RAMD-HARAPAN akan pertahankan RAMD, Najib sebar berita palsu & Ahli Umno juga tempelak Najib."
Posting Komentar