Loading...

6 KOLEKSI BAJU RAYA 2018 DARI MAWARRED ! KOLEKSI KE-5 PERNAH VIRAL

Loading...
Kain sari makin menjadi pilihan di kalangan wanita Melayu di Malaysia untuk dijadikan material kepada baju kurung dan sebagainya. Ini kerana, kain sari merupakan kain yang sangat sesuai untuk dibuat pelbagai jenis baju dan mempunyai keunikan tersendiri.

1.0 MAWARRED

Bagi mereka yang inginkan satu kelainan untuk digayakan pada pagi raya nanti, saya cadangkan anda untuk lihat beberapa koleksi raya dari Mawarred yang semakin meningkat naik selepas salah satu dari koleksi rayanya viral baru-baru ini.

Untuk pengetahuan korang, butik Mawarred telah bertapak selama dua (2) tahun dimana ianya dimiliki oleh seorang anak muda Siti Aishah Sulaiman yang merupakan bekas seorangperamugari  disalah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.

Siti Aishah Sulaiman dua dari kiri bersama team Mawarred yang lain

Menurut Siti Aishah Sulaiman, semua koleksi busana Mawarred direka sendiri dengan mengambil inspirasi daripada rekaan pereka tersohor luar negara.
“Saya bukanlah pereka fesyen, sebaliknya mempunyai kelulusan dalam bidang Pemasaran Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah bertugas sebagai pramugari Air Asia X suatu ketika dahulu.
Oleh kerana minatnya yang menggunung dalam bidang fesyen, beliau telah mencipta jenama sendiri dan mengkaji fesyen di luar negara sebelum mereka pakaian.

1.1 KOLEKSI RAYA 2018 BERKONSEPKAN KAIN SARI

Apa yang menariknya, Mawarred mengangkat identitinya pada 2018 ini dengan koleksi raya yang menggunakan material kain sari. Untuk pengetahuan semua, fabrik sari yang digunakan oleh mereka diimport dari negara India dan dijahit oleh tukang jahit dari Malaysia sendiri bagi memastikan kualiti jahitan yang terbaik untuk dijual kepada pelanggan mereka. 






Apa yang unik, Mawarred memilih nama nama pencuci mulut dari india untuk setiap koleksi raya kali ini. Antaranya adalah Black Gold Panupuri, Maroon Malpua, Pink Chole dan lain lain lagi. Setiap koleksi dan design dari Mawarred ini merupakan idea fresh dari pemiliknya sendiri.

Untuk koleksi raya 2018 ini, mereka telah mengeluarkan 14 rekaan dan kini hanya tinggal beberapa koleksi sahaja. Jadi, jom kita lihat koleksi-koleksi tersebut.

Black Gold Panipuri & Olive Gold Panipuri

Blue Chole & Pink Chole

Rose Burfi Pink & Rose Burfi Blue

Sequin Paneer Blue & Sequin Paneer Burgandy

Maroon Malpua & Peach Chutney

Ini adalah antara rekaan yang menjadi jualan paling hangat untuk Mawarred. Koleksi lima (5) iaitu Maroon Malpua pula merupakan koleksi yang pernah viral dipakai oleh Fathia Latif tempoh hari.


Jadi sekiranya korang berminat untuk mendapatkan busana raya dari Mawarred ini, boleh terus menghubungi mereka di facebook page atau instagram Mawarred dengan segera. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk info info seperti yang tertera dibawah ini.

Butik Mawarred 
No.10-08, Tingkat 10,
Plaza Azalea, Seksyen 14,
43000 Shah Alam,
Selangor

Facebook
Instagram

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "6 KOLEKSI BAJU RAYA 2018 DARI MAWARRED ! KOLEKSI KE-5 PERNAH VIRAL"

Posting Komentar