Loading...

ANTARA BAJU MELAYU DAN KURTA , MANA PILIHAN ANDA?

Loading...

Soalan pertama saya untuk semua pembaca blog ni khususnya kaum adam, "Antara Kurta dan Baju Melayu yang mana menjadi pilihan korang untuk dipakai dan digayakan di pagi Hari Raya?". Saya percaya Baju Melayu atau Kurta mempunyai peminatnya tersendiri dengan atas sebab tertentu. Kalau korang tak percaya jom kita tengok kaji selidik yang saya dah buat di Facebook saya.


Pada kaji selidik ringkas yang dah saya buat, saya dapati lebih ramai kaum lelaki memilih Baju Melayu dari Kurta untuk digayakan pada pagi raya mereka. *bagaimana pula dengan anda? . Setiap individu sudah semestinya mempunyai hak dan sebab kenapa mereka lebih memilih sesuatu fashion dan bagi saya ianya tiada yang salah.


Ada yang mengaitkan dengan tradisi, ada juga mengaitkan dengan keselesaan dan macam-macam lagi. Malah, selain dari pilihan Baju Melayu dan Kurta, jangan terkejut ada yang memilih untuk berbaju t-shirt sahaja kerana alasannya lebih selesa dan macam-macam lagi.


Saya setuju jika pilihan Baju Melayu itu dikaitkan dengan tradisi Hari Raya kita. Sudah bertahun lamanya jika tibanya hari raya, maka Baju Melayu lah yang kita akan cari. Baju Melayu juga dikenali sebagai pakaian tradisional dan kebangsaan untuk lelaki Melayu.

Koleksi baju melayu raya 2018 dari Cirgaro

Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang. Set Baju Melayu ini biasanya akan dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terkenal dengan dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang.

Kalau korang nak tips memilih baju raya 2018 korang boleh ke blog www.budaklelaki.com . Jadi kalau korang nak shopping baju melayu online, korang boleh ke cirgaro.com kerana mereka ada jual Baju Melayu Ready Made dan Baju Melayu Berkualiti.


Kurta dikatakan cukup popular di kalangan masyarakat Pakistan. Tapi, ianya semakin menjadi trend sejak beberapa tahun ini di Malaysia untuk dipakai oleh kaum lelaki Melayu untuk ke majlis keagamaan dan sebagainya. Ini kerana ianya lebih mudah dan praktikal dari Baju Melayu.

Koleksi Kurta Bangsawan 2018 dari Cirgaro

Kurta asli merupakan pakaian yang longgar yang mana panjang bahagian bawahnya boleh mencapai lutut. Oleh kerana kurta sudah menjadi satu trend di Malaysia, banyak kurta telah direka dan diolah kearah lebih moden dan sesuai mengikut kehendak dan gaya lelaki terkini.

Jadi kalau ditanya kepada saya, saya akan memilih Kurta kerana sudah semestinya ia lebih praktikal dan boleh dipakai banyak kali ke pelbagai majlis. Nak pula kalau Kurta Lelaki Moden dari koleksi Kurta Bangsawan 2018 dari Cirgaro ni, kerana ianya diperbuat dari material yang sangat berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki.  Kurta Bangsawan 2018  ini merupakan Kurta Moden Online yang korang boleh beli dan dapat di Butik Kurta Lelaki cirgaro.com.

Kalau takut untuk shopping secara online, korang boleh ke beberapa booth mereka di sekitar Shah Alam yang dibuka sempena raya ni. Jadi disini korang boleh lihat dan rasa sendiri material yang mereka gunakan untuk pakaian-pakaian mereka.

>>ANTARA BAJU MELAYU DAN KURTA , MANA PILIHAN ANDA?<<

MAKLUMAT CIRGARO APPAREL

Jadi kalau korang berminat untuk memiliki mana-mana jenis baju seperti Baju Melayu atau Kurta Moden, korang boleh dapat maklumat lanjut di website dan media social mereka sekarang. Selain dari Kurta dan Baju Melayu, mereka juga ada menjual Baju Kurung dan banyak lagi. 

Contact No : 017-6055338

Alamat : 
Butik Cirgaro Apparel , 
Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam 
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, 
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

atau

Booth Raya di 
Ground Floor Plaza Shah Alam 
(berhadapan Giordano) 

atau

Booth Raya di 
Ground Floor Aeon Shah Alam 
(berhadapan Padini)

Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam ,
sehingga malam raya

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ANTARA BAJU MELAYU DAN KURTA , MANA PILIHAN ANDA?"

Posting Komentar