Loading...
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini tampil menafikan satu hantaran Facebook yang melancarkan gerakan kutipan derma RM1 setiap seorang bagi menggantikan kereta Viva miliknya.
Seorang pelayar Facebook melancarkan Tabung Kereta Baharu Mat Sabu dengan cadangan setiap orang menderma RM1 ke dalam akaun peribadi miliknya.
“Kerana Abang Mat Sabu seorang wira perang dan memang layak duduk di Kementerian Pertahanan.Ini juga merupakan satu hadiah atas jasa-jasa dan suara lantang serta kuat memperjuangkan keadilan dan kebenaran,” tulisnya.
Bagaimanapun, Mohamad dalam Twitternya, menyatakan kutipan tabung kereta baharu ini adalah palsu. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Berita Mat Sabu Ini Palsu"
Posting Komentar