Loading...

GAMBAR TUN DR MAHATHIR TIDAK BOLEH DIHALANG DI ATAS BAHAN KEMPEN PRU-14 !!

Loading...
 Wahai Rakyat Malaysia yg prihatin, AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :


1. Pada 26.04.2018 ianya telah dilaporkan oleh MALAYSIAKINI bertajuk "Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU" bahawa : 

"Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata gambar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh digunakan dalam bahan kempen tetapi hanya di kawasan yang ditandingi BERSATU", dan 

 "Penjelasan itu susulan syarat tambahan SPR untuk PRU kali ini, antaranya menyatakan parti politik hanya boleh menggunakan gambar dua pemimpin utama parti - presiden (atau setaraf dengannya) dan timbalan presiden (atau setaraf dengannya) - dalam bahan kempen di kawasan yang ditandingi mereka." (Link Laporan MALAYSIAKINI 26.04.2018 : Malaysiakini

 2. Pada hakikatnya, Kenyataan pihak SPR yang dipetik diatas, yang menghalang penggunaan bahan kempen TUN DR MAHATHIR di seluruh negara pada kesemua Bahan Kempen PRU-14 itu, tidak mempunyai kesahihan di sisi undang-undang, malah bercanggahan dengan Fasal 7 (a) TATA ETIKA PILIHANRAYA, di mana ianya membenarkan segala bentuk kandungan manifesto Parti, boleh diguna pakai pada Bahan Kempen Pilihanraya !!


 3. Walhal, sejak pengumuman kesemua parti dalam PAKATAN HARAPAN (PH) pada 07.01.2018, di mana diisytiharkan bahawa TU DR MAHATHIR adalah "Perdana Menteri Ke-7 dalam penantian", maka ianya adalah MANIFESTO UTAMA kesemua Parti dalam PH akan perkara yang sebegitu jelas itu !! (Link Laporan SINAR ONLINE 07.01.2018 : Sinarharian

 4. Petang tadi, 30.04.2018, saya telahpun sebagai Ketua BIRO PERUNDANGAN PPBM ahli BIRO GUAMAN PH, membuat satu Sidang Akhbar berkaitan perkara ini, yang juga melibatkan peristiwa pemotongan gambar TUN DR MAHATHIR daripada satu Poster di Ayer Hitam, Johor, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAKINI 30.04.2018 bertajuk "Dr M gone in 60 seconds – officers cut out his image from billboard".

 (Link Laporan MALAYSIAKINI 30.04.2018 : Malaysiakini ), dan petikan Sidang Akhbar saya yang berkaitan adalah terkandung di dalam 2 Video yang dimuat naik di bawah untuk tontonan para pembaca.

 BERANI KERANA BENAR !!  

 DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!! 

 Haniff Khatri 30.04.2018 @ 2251
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "GAMBAR TUN DR MAHATHIR TIDAK BOLEH DIHALANG DI ATAS BAHAN KEMPEN PRU-14 !!"

Posting Komentar