Loading...

Hishammuddin mungkin langgar akta pilihan raya, kata Patriot

Loading...
Veteran tentera, Arshad Raji mahu kerajaan bersih tanpa rasuah,
pembaziran dan kronisme.
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan veteran tentera percaya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya melalui gesaannya kepada pasukan keselamatan semalam.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, menteri pertahanan membawa “pengaruh tidak wajar” dengan meminta anggota tentera memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) melalui “mandat besar bagi memastikan agendanya dapat dicapai”.
 Arshad yang memetik laporan Bernama berkata, “dengan membuat komen begitu, menteri pertahanan itu boleh dilihat mengugut, mendorong atau cuba mendorong anggota tentera mengundi BN. Oleh itu, beliau mungkin melakukan kesalahan memberi “pengaruh tidak wajar” di bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.”
 Beliau berkata, kenyataan Hishammuddin boleh ditafsirkan sebagai memberitahu anggota tentera mereka akan hilang “agenda” seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan, kebajikan veteran dan hala tuju dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan serta keperluan keselamatan negara. ~ Freemalaysiatoday
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hishammuddin mungkin langgar akta pilihan raya, kata Patriot"

Posting Komentar