Loading...
Mesti korang cukup tahu tentang filem animasi Ice Age kan? Filem animasi yang boleh dikatakan cukup popular dan digemari ramai kerana watak-wataknya yang sangat comel dan lucu. Tahukah korang bahawa Ice Age itu merupakan sebuah zaman? Ianya bukanlah hanya semata tajuk kepada filem animasi tersebut.
Kini, kalau korang ingin melihat sendiri beberapa watak hidupan di dalam Ice Age yang di realisasikan dalam saiz sebenar, korang berpeluang untuk ke Ice Age Alive 2018 yang diadakan di Lanai MATIC KL. Walau bagaimana pun, Ice Age Alive 2018 bukanlah sebuah filem terbaru untuk siri Ice Age atau pameran berkenaan filem tersebut, tapi ianya merupakan sebuah pameran yang mempamerkan replika bersaiz sebenar spesies Megafauna yang hidup di zaman ice age yang boleh bergerak dan mempunyai bunyi.
Pengunjung bukan sahaja dapat datang dan melihat pameran, ada juga disediakan beberapa aktiviti menarik iaitu Jumping Castle untuk kanak-kanak, Ice Skating Rink untuk mereka yang minat meluncur, dan banyak lagi.
Jika bernasib baik, pengunjung juga boleh bergambar bersama T-REX. Jadi apa tunggu lagi? Inilah masanya kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan haiwan yang hidup di zaman Ice Age. Peluang untuk bawa anak-anak dan belajar tentang Megafauna yang pernah wujud pada suatu masa dahulu sepanjang cuti sekolah dan ramadan ini. Datang dan rasai pengalaman ini.
Tiket boleh didapati di kaunter atau secara online di iceagealive.com. Harga tiket bermula dari RM19.50 untuk kanak-kanak, RM29.50 untuk dewasa, dan RM85 untuk keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak). Pameran dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 10 pagi hingga 7 petang.
Sempena bulan Ramadan ini, tiket boleh di dapati dengan potongan harga 50%.
Nak tengok lebih banyak perkongsian tentang Ice Age Alive 2018 ni korang boleh cari dan klik pada hashtag #IceAgeAlive2018 di Facebook, Twitter dan Instagram. Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi moment anda di sini menggunakan hashtag #IceAgeAlive2018.
Loading...
0 Response to "ICE AGE ALIVE KL 2018 : PAMERAN PENDIDIKAN MEGAFAUNA DI ZAMAN ICE AGE"
Posting Komentar