Loading...

Rahsia SPR Terbongkar Di Bagan Datuk?

Loading...
Rahsia SPR Terbongkar Di Bagan Datuk?Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya berlaku pengiraan undi awal di Parlimen P075 Bagan Datuk, Perak selepas waktu pengundian awal Sabtu lepas.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata semua proses pengiraan undi awal hanya akan dilakukan bermula 4.00 petang pada hari mengundi Rabu ini di pusat pengiraan undi awal yang ditetapkan SPR.

Rahsia SPR Terbongkar Di Bagan Datuk? “Sebelum proses pengiraan awal dibuat, semua pihak berkepentingan terutama calon yang bertanding akan dimaklumkan secara rasmi oleh SPR untuk hadir dan menyaksikan proses pengiraan undi awal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan siasatan SPR, Hashim berkata semua petugas pilihan raya yang berkenaan sudah mematuhi semua prosedur ditetapkan.

Katanya sebaik sahaja waktu pengundian awal ditutup tepat 5.00 petang, petugas SPR mengemas dan memeterai semua peti undi awal di hadapan semua ejen calon yang bertanding dan membawa peti undi tersebut ke tempat simpanan yang selamat iaitu di Balai Polis Hutan Melintang.

Rahsia SPR Terbongkar Di Bagan Datuk?


Bagaimanapun, Hashim berkata semasa proses penyimpanan peti undi awal tersebut, berlaku gangguan kumpulan termasuk calon daripada sebuah parti bertanding terhadap urusan penyimpanan peti undi awal itu kononnya terdapat penyelewengan dilakukan petugas SPR.

“SPR menyelar gangguan pihak terbabit terhadap petugas pilihan raya di parlimen berkenaan dan menganggap tuduhan tersebut cuba menimbulkan kegemparan dalam kalangan masyarakat dengan tujuan menarik perhatian pengundi,” katanya.

Hashim berkata untuk rekod, jumlah keseluruhan pengundi awal di Kem Hutan Melintang yang didaftarkan ialah seramai 1,541 orang.

“Bagaimanapun, terdapat seramai 508 orang pengundi awal tersebut memohon pengundian secara pos,” katanya.

Rahsia SPR Terbongkar Di Bagan Datuk? Menurut Mohd Hashim jumlah pengundi awal yang layak mengundi semasa hari pengundian awal ialah 1,033 orang namun hanya 825 pengundi sahaja hadir manakala 208 lagi tidak hadir. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rahsia SPR Terbongkar Di Bagan Datuk?"

Posting Komentar